“Moga Uwais Jadi Anak Soleh” – Tahniah! Siti Sarah Syukur Anak Dapat Top 2 Pertandingan Hafazan

Penyanyi Siti Sarah melahirkan rasa syukur apabila anak sulungnya, Uwais Al-Qarni mendapat tempat kedua dalam pertandingan hafazan.

Sarah berkongsi berita gembira itu menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya hari ini.

Menurut Sarah, dia berasa bangga dan gembira dengan pencapaian anak kesayangannya itu.

“Alhamdulillah syukur Ya Allah… Dapat top 2 hafazan. Moga Uwais menjadi anak yang soleh. I love you sayang,” tulisnya.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah syukur ya Allah.. daapt top 2 hafazan .. moga uwais menjadi anak yg soleh .. i love u sayang ..

Siaran dikongsi oleh Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) pada

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah kepada Uwais.

“Alhamdulillah, syukur semoga Uwais menjadi anak yang soleh. Amin,” tulis @_anoi_

“Alhamdulillah… Terbukti hebat didikan Sarah dan Shuib,” komen @citra_matahari

“Alhamdulillah, tahniah untuk Uwais… Tahniah juga untuk ibu Uwais @sitisarahraissuddin dan bapa Uwais @shuibsepahtu,” puji @sanissaanis

Terdahulu, Sarah yang mendirikan rumah tangga bersama Shuib pada tahun 2011 telah dikurniakan tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 

Sumber: Gempak