[GAMBAR] Pengacara, Mimie Haris Selamat Bertunang, Tahniah!

Pengacara Mimie Haris telah memuat naik beberapa keping gambar di laman media sosial Instagram miliknya.

Mimie atau nama sebenarnya Norshamimi Ahmad Haris berkongsi berita gembira dimana dia telah melangsungkan majlis pertunangannya, petang tadi.

Pengacara rancangan membeli-belah CJ Wow Shop itu kelihatan anggun apabila mengayakan busana berwarna kelabu.

“Bismillahirrohmanirrohim..

“Syukur Alhamdullillah everything went smooth . Thank u to all my friends and family for the love, doa and support .

“Sorry pada kawan yang x sempat dijemput . Insha Allah umur panjang panjang jodoh kita jumpa reception nanti okeyh .. .”tulisnya.

Pengacara yang berusia 28 tahun itu mengikat tali pertunangan bersama seseorang jejaka yang dikenali sebagai Rudy.

Terdahulu, bintang kelahiran program realiti MyStarz LG itu mendirikan rumah tangga bersama seorang usahawan, Nizam Mohammad Ibrahim pada 23 Disember 2015.

 

 

 

Bagaimanapun, mereka telah bercer4i pada Ogos 2016.

Foto : Instagram Mimie Haris

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: MH