Isteri Hampir Bersalin Tiba Tiba Rezeki Suami Kena Tarik Sebab Pakcik Ini Buat Laporan Palsu Kepada Grabfood. Lelaki Ini Tebal Muka Merayu Luar Pagar Rumah Pakcik Ini

Setiap pekerjaan di atas muka bumi, pasti mempunyai cabaran dan dugaan yang harus para pekerja tempuhi. Seperti kisah lelaki yang dikenali sebagai Si Gaman ini, dia mendakwa difitnah oleh seorang individu sehingga mengakibatkan syarikat penghantaran makanan GrabFood terpaksa menyekat akaunnya sebagai pekerja. Sedihnya!

3 Disember punya cerita, dapat order Mcd Sri Petaling hantar ke jalan Wan Malini, customer Melayu. Lepas hantar order dekat rumah customer tu terus belah buat order lain. Lepas setengah jam customer service call dan bagitahu customer buat report sebab saya ada minta duit order rm48, sedangkan tak minta langsung pun. Lepas tu sia-sia kena banned selamanya disebabkan kena fitnah dengan customer. Customer service hanya dengar sebelah pihak sahaja. Hati-hati ya guys sekrang ni banyak customer bijak yang nak makan free. Lepas kita dah hantar order dia akan buat report supaya dapat refund duit dia balik.

Menurut pemandu tersebut, dakwaan fitnah itu berpunca apabila seorang pelanggan Melayu telah membuat laporan di customer service syarikat penghantarannya. Individu tersebut membuat laporan mengenai dirinya mengambil duit order sebanyak RM48 ketika menghantar pesanan yang dipesan. Ekoran daripada kejadian itu, akaun pemandu GrabFood itu disekat oleh syarikat berkenaan.

Isteri sarat mengandung

Menerusi video berdurasi 1:37 saat, pemandu makanan itu kembali semula ke rumah pelanggan yang membuat dakwaan fitnah terhadap dirinya. Pemandu tersebut meminta bahan bukti sekiranya dia bersalah dan melakukan perbuatan tersebut.

Namun, individu yang digelar sebagai ‘pak cik’ itu meminta mereka segera beredar dari kawasan rumahnya. Tambah pemandu tersebut, isterinya sedang sarat mengandung dan bakal menimang cahaya mata pada Februari tahun hadapan dan memohon supaya ‘pak cik’ tersebut memikirkan mengenai hal berkenaan.

Rata-rata netizen meluahkan perasaan simpati terhadap pemandu makanan tersebut. Mereka turut berharap pihak GrabFood melakukan siasatan terhadap kes berkenaan.

Buat setakat ini tiada apa apa kenyataan rasmi dari pihak GRAB FOOD. Perkara akaun digantung selamanya bukan lah kali pertama terjadi. 

Sumber: Si Gaman

Kredit: OH BULAN