Ramai Yang Mencuba Tetapi Gagal Tetapi Lelaki Ini Berjaya Men’jinak’kan Jongkong Emas Seberat 20kg

Lapangan Terbang Dubai menyediakan satu pertandingan untuk semua pelancong yang singgah ke negara mereka. Ia umpama seperti mencari harta karun tetapi yang bestnya harta karun tersebut tidak perlu dicari dan ia ada betul betul depan mata.

Apa yang anda perlu buat adalah cuba keluarkan seketul jongkong emas yang dianggarkan berat 20 kilogram dan mesti dikeluarkan melalui satu lubang dan hanya boleh menggunakan satu tangan.

Bunyi mudah bukan? Ramai telah mencuba dan ramai telah gagal. Keberatan jongkong emas tersebut dan kedudukan tangan selepas masuk dalam lubang menyukarkan usaha untuk keluarkan jongkong emas tersebut. Ini dipanggil sebagai #DubaiGoldChallenge.

Tiada syarat dikenakan dan sesiapa sahaja boleh mencuba dan sejak ia diletakkan disitu pengunjung dalam dan luar negara Dubai telah cuba dan ramai yang kecundang.

Emas yang seberat 20kg memang berat. Ia seperti anda cuba mengangkat 2 beg beras 10 kg sebelah tangan. Jika dilihat anda tidak boleh guna tangan anda sepenuhnya kerana hanya pergelangan tangan anda sahaja muat atau sebahagian sahaja tangan anda boleh muat masuk lubang tersebut.

VIDEO ANTARA YANG CUBA DAN GAGAL

Memang nasib dia baik, ketika lelaki ini mencuba untuk memenangi jongkong emas tiada siapa ada di sekeliling beliau dan beliau boleh mencuba dan mencuba dan akhirnya berjaya.

Lihat cara dia pusing tangan dia dan usaha dia untuk meletakkan emas tersebut di telapak tangan. Selepas berjaya dan dia mampu menahan berat tersebut, emas tersebut dapat dikeluarkan.

Kayala dia ni .. hahaha!

Video Lelaki Menang Emas !

Sumber: KL viral

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Tube Viral