“Masih Menghormati Artis Veteran Yang Dah Lama Bersara,”- Bertemu Noorkumalasari, Peminat Puji Sikap Rendah Diri Tok Ti

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau sinonim dengan panggilan Tok Ti kini telah berkongsi aktiviti harian bersama peminatnya di siaran YouTube miliknya.

Menerusi rakaman video tersebut, Tok Ti kelihatan sedang membeli-belah barang untuk memasak di sebuah pasaraya.

Secara tidak langsung, penyanyi lagu Biarlah Rahsia itu telah bertemu empat mata bersama penyanyi veteran, Noorkumalasari.

Lalu, Tok Ti berasa teruja apabila dapat bertemu dengan Noorkumalasari sehingga dia mahu mengambil swa-foto bersama penyanyi yang terkenal dengan lagu Hati Seorang Kekasih itu.

“KAKI AYAM PETUA AWET MUDA !!!,” tulisnya.

Lantas, perkongsian ibu kepada seorang cahaya mata ini menjadi perhatian peminat.

Malah, peminat juga memberi pujian kepada Tok Ti yang sentiasa bersikap rendah diri dan menghormati artis veteran.

Rakaman video tersebut telah meraih hampir 70 ribu tontonan di YouTube.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: YouTube Channel Siti Nurhaliza via MH