Lucu! Anak Tanya Adakah Remy Ishak ‘Uncle’ Mereka, Ini Jawapan Rashidi Ishak

Pelakon Rashidi Ishak terkejut apabila anak-anaknya bertanya adakah mereka dan aktor Remy Ishak mempunyai pertalian darah.

Semuanya gara-gara terdapat satu kenyataan di media sosial menganggap kedua-dua pelakon itu adik-beradik kerana mempunyai nama bapa yang sama.

Rashidi mendedahkan perbualan anak-anaknya di sebuah aplikasi yang dilihat lucu kerana mereka berharap Remy adalah bapa saudara mereka.

Namun Rashidi yang terkejut dengan pertanyaan itu terus menafikannya

Bekas suami Vanidah Imran itu mendedahkan perbualan tersebut menerusi Instagram (IG)Story miliknya.

Terbaharu, Rashidi telah mengesahkan dia dan Vanidah sudah bercerai pada 9 Ogos lalu.

Pasangan itu telah berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua cahaya mata, Mikhail Imran, 18, dan Mariyam Rashika.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Between reading my feed and having neslo with friends. How’s your sunday?

A post shared by The Rocking Entrepreneur (@rashidi_ishak) on

Rashidi Ishak (lahir 24 Oktober 1973) ialah seorang pelakon dan pemuzik Malaysia, terkenal sebagai pemain gitar kumpulan Beliau pernah beberapa kali dicalonkan untuk kategori pelakon terbaik dalam anugerah hiburan tempatan.

Beliau telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Vanidah Imran pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua anak, Mikhail Imran (lahir 2001) dan Maryam Rashika (lahir 2004). Pasangan ini memfailkan perc3raian pada 9 Ogos 2018 di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Rashidi mendedahkan ia disebabkan kegagalannya sebagai ketua keluarga dalam temubual bersama Berita Harian: “Kes4lahan bagi keg4galan dalam mana-mana perkahwinan selalunya diletakkan ke bahu imam. Ia mungkin benar atau tidak. Imam yang baik akan sentiasa bersinar dalam apa juga keadaan. Tetapi, saya pula bukanlah imam sedemikian,”.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Waiting for someone bro? . #therockingentrepreneur #starraskyparfums #starraskyno1 #phase2co #superlunarglow

A post shared by The Rocking Entrepreneur (@rashidi_ishak) on

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Gempak