Rupa-rupanya Linda Rafar kalah kes, perlu bayar ganti rugi dan mohon maaf kepada jururawat

Dr Rusyainie mendedahkan Linda dikhabarkan perlu membayar ganti rugi dan memohon maaf kepada jururawat yang difitnah selebriti itu.

ISU pertelingkahan antara Linda Rafar dan para jururawat akhirnya selesai dengan kemenangan berpihak kepada jururawat terlibat selepas persetujuan luar mahkamah dibuat.

Menerusi Facebook seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Rusyainie Ramli, dia mengucapkan tahniah kepada badan bukan kerajaan (NGO) Delegation of Nurses (DON) di atas usaha membela nasib jururawat tersebut.

Malah, Rusyainie juga mendedahkan anggota kumpulan Elite itu dikhabarkan bakal kena bayar ganti rugi kepada DON dan juga membuat permohonan maaf kepada jururawat terlibat.

Kenyataan Rusyainie dan DON yang dimuat naik di FB.

“Tahniah DON yang bertindak menjadi pemudahcara untuk seorang jururawat yang difitnah oleh seorang selebriti.

“Akhirnya ia selesai dengan kemenangan berpihak pada jururawat tu setelah persetujuan luar mahkamah dicapai. 

“Selebriti tu dengar khabarnya bukan setakat nak kena bayar ganti rugi, tapi yang paling penting, dia mesti membuat permohonan maaf pada jururawat tu,” tulisnya.

Rusyainie memuat naik kenyataan rasmi  badan bukan kerajaan itu yang memaklumkan kes berkaitan selebriti tersebut dan jururawat akhirnya telah selesai selepas persetujuan luar mahkamah dibuat.

Linda membuat permohonan maaf kepada netizen di laman sosial.

Menerusi laman Instagram Linda ada membuat permohonan maaf berhubung isu buli siber sehingga dia mengambil tindakan undang-undang kepada lebih 100 netizen pada Khamis.

Bagaimanapun menurut Rusyainie, dia menganggap selebriti itu masih mempunyai ego setinggi langit apabila membuat permohonan maaf tanpa menyebut spesifik pada jururawat yang difitnah.

“Malangnya bila saya baca permohonan maaf di IG milik selebriti tu, interpretasi saya? Dia masih punya ego melangit. Langsung tak sebut pun spesifik pada jururawat yang dif1tnahnya!

“Perkataan jururawat pun tak ada. Dah bersalah pun masih tak mengaku. Tu macam minta maaf nak sambut hari raya. Saya pasti tu bukan permohonan maaf yang dipersetujui oleh pihak plaintif,” ujarnya.

Saya harap DoN memandang serius cara selebriti ni minta maaf sebab dia seakan cuba meletakkan dirinya sebagai mangsa sedangkan jelas dan terang dia yang menabur fitnah. Rusyainie Ramli Doktor

Dalam pada itu, Rusyainie berharap pihak DON memandang serius cara Linda mohon maaf disebabkan selebriti itu seakan cuba meletakkan dirinya sebagai mangsa keadaan.

“Saya harap DoN memandang serius cara selebriti ni minta maaf sebab dia seakan cuba meletakkan dirinya sebagai mngsa sedangkan jelas dan terang dia yang menabur fitnah.

“Semoga jururawat tu menolaknya juga dan meminta selebriti tu tulis balik permohonan maaf dengan betul. Dah salah, mengaku la ya,” katanya.

Sebelum ini, Linda melahirkan rasa kecewa terhadap sekumpulan jururawat di sebuah hospital di Shah Alam yang didakwa memberi layanan buruk apabila permintaannya untuk menukar cadar katil ibunya tidak diendahkan pada Disember tahun lalu.

Susulan in1den itu, pihak Delegation of Nurses (DON) mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap selebriti wanita berkenaan.

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Mstar