Suamiku ‘Pucvk’ Muda..Ini Senarai Enam Selebriti Wanita Terkenal Yang Memilih Kahwin Lelaki Muda

Sesungguhnya jodoh terletak di tangan Tuhan tanpa mengira pangkat, darjat dan umur. Di zaman moden ni umur wanita bukanlah penghalang untuk berkahwin dengan lelaki yang lebih muda.

Dikala heboh kisah A. Aida yang bercerai dengan suaminya yang berusia lebih muda, siapa sangka sebenarnya ramai lagi artis tanahair wanita yang berkahwin dengan suami yang umur lebih muda dan hidup bahagia hingga kini. Di sini disenaraikan 6 selebriti wanita yang buktikan umur bukan penghalang untuk kahwin ‘pucuk’ muda.

1) Fazura (35) & Fattah Amin (28) – 7 tahun perbezaan

Pasangan sejoli ni dah diijab kabulkan pada akhir tahun lepas. Mereka berdua menamatkan zaman bujang dalam majlis yang dihadiri keluarga dan kenalan. Fazura pernah memberikan tips di mana makan pakai suami perlulah dijaga dengan rapi.

Dia juga bersyukur mempunyai Fattah sebagai suami kerana bersabar melayannya yang degil dan pentingkan kerjaya. Dalam pada itu, ditanya tentang kehidupannya sejak berkeluarga, Fattah mengakui dia berada pada tahap yang sangat bahagia.

Fazura juga sentiasa menjadi tulang belakang kepada kejayaan yang dia kecapinya hari ini.

“Jika dikira tahap 1 sampai 10 saya kini tahap 10, tapi kalau 1 sampai 100 saya pada tahap 100 (kebahagiaan).

2) Linda Jasmine (46) & Que Haidar (39) – 7 tahun perbezaan

Linda berkahwin dengan Que pada 14 Februari 2009 dan kini dikurniakan dua anak perempuan yang sama cantik seperti parentsnya. Walaupun Linda pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki, namun itu tak halangnya untuk mencari kebahagiaan dengan Que.

Linda pernah bagitau yang dia banyak mengamalkan petua untuk kekal cantik selain gembira membahagikan tugas dalam hal rumah tangga dengan suami.

Yang jelas disebalik usia bakal suaminya yang lebih muda tujuh tahun daripadanya itu, Linda berkata sikap matang Que menyenangi dirinya.

” Que bukan jenis malas. Dia terima diri saya seadanya. Walaupun dia lebih muda, tetapi dia lebih matang daripada saya.

” Saya akui yang saya ini mempunyai perangai ‘kebudak-budakan’. Jadi, hubungan kami boleh dianggap saling melengkapi antara satu sama lain.

3) Yatt Hamzah (38) & Mohammad Zulfadhli Khiruddin (28) – 10 tahun perbezaan

Yatt telah berkahwin sebelum ini dan pada tahun 2016 dia mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Zulfadhli. Kata Yatt, jarak usia mereka menyebabkan suaminya pernah memanggilnya ‘kakak’.

Kata Yatt dia bersyukur kerana suaminya mudah dibentuk dan nasihat supaya tidak lupa suami tetap ketua keluarga walaupun lebih muda dan perlu sentiasa patuh dan berikan sokongan kepadanya.

Yatt sebelum ini pernah berkongsi tentang suaminya berkata;

“ 1 tentang suamiku yang serupa sifat Nabi SAW adalah suka memberi ciuman ikhlas walaupun sedang marah. Alhamdulillah. Keep it up b, don’t give up and please top up more & more..Terima kasih Allah..

4) Che Ta (45) & Zain Saidin (34) – 11 tahun perbezaan

Pasangan sama cantik sama padan ni dah mendirikan rumah tangga sejak 11 Disember 2013. Che Ta sebelum ni pernah berkahwin dengan seorang pilot dan dikurniakan dua orang anak lelaki sebelum berkahwin dengan Zain.

Che Ta bagi nasihat yang banyak pengorbanan perlu dibuat dan perlu redha serta bertolak ansur kerana pandangan wanita dan lelaki muda adalah yang berbeza.

Mengakui Zain bukan jenis suami yang romantik sepanjang masa. Tetapi menurut Che Ta, suami kesayangannya itu banyak menunjukkan sifat romantik dengan pada perbuatan dan diselang seli dengan kata-kata.

“ Pada saya, Zain adalah ‘Right person’ untuk saya. Soal perbezaan usia tidak menjadi hal kerana walaupun Zain lebih muda tetapi dia jenis ‘family man’ dan tidak suka keluar suka-suka kerana kami berdua tahu tanggung jawab dan status masing-masing.

5) Ella (52) & Azhar Ghazali (36) – 16 tahun perbezaan

Ratu rock Malaysia ni dah tamatkan zaman bujang pada 2012 dengan Azhar Ghazali yang merupakan seorang pilot Firefly.

Ella mengaku perbezaan umur langsung tak jadi penghalang kerana keserasian antara mereka lebih penting lagi-lagi suami dia adalah seorang yang matang. Dia juga tegaskan amat penting untuk bersedia dulu sebelum nak dirikan rumah tangga.

6) Rosnah Mat Aris (64) & Tajul (38) – 26 tahun perbezaan

Pelakon, Rosnah Mat Aris berjaya menutup mulut lancang pihak tertentu yang meramalkan perkahwinannya dengan Tajul Efendie Isa takkan bertahan lama.

Rosnah, 64, yang cukup popular dengan watak Mak Limah dalam drama bersiri, Rumah Kedai, suatu ketika dulu berkata, tahun ini beliau dan Tajul, 38, atau lebih dikenali sebagai Blue akan meraikan usia lebih sedekad (hampir 12 tahun) perkahwinan mereka.

” Alhamdulillah, saya sangat bahagia. Saya sendiri terkejut kerana pejam celik, pejam celik, tahun ini kami telah meraikan ulang tahun perkahwinan yang ke-10. Dia sendiri ada menyatakan, apabila jodoh kami dipanjangkan Tuhan, ia bermakna satu kemenangan buat dirinya.

” Sepanjang kami mendirikan rumah tangga, dia tidak pernah menyakitkan hati saya ataupun berlaku curang, ” kata Rosnah lagi.

Bagaimanapun Rosnah memilih untuk tidak mendedahkan identiti suaminya. Berdasarkan carian juga beliau tidak pernah berkongsi apa-apa gambar melibatkan suami mudanya itu.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: l0bakmerah & instagram via arianarose