Lelaki Ini Terlalu Cintakan Taiping Sehingga Sanggup Bersihkan Jalan Raya Secara Percuma!

Pernah dengar tentang ‘wira yang tidak didendangkan’? Seseorang tidak perlu memiliki kekuatan atau kekayaan untuk berbuat kebaikan kepada orang lain.

Misalnya lelaki ini yang bekerja keras setiap hari dalam memastikan jalan raya di kawasan sekitar sentiasa bersih!

Malay Mail

Kenali Husin Kasim, seorang penduduk di Taiping yang secara sukarela menawarkan dirinya untuk membersihkan kawasan sekitar tanpa mengharapkan sebarang balasan. Malah, Husin telah melakukan kerja amal ini sejak sekian lama!

Husin seringkali dilihat membersihkan kawasan jalan raya dan pejalan kaki di sekitar Taiping dan kisah inspirasi ini telah dikongsikan oleh sebuah akaun Facebook, Majlis Perbandaran Taiping.

Malay Mail

Menurut Malay Mail, Husin merupakan anak kelahiran Johor namun telah menetap di Taiping bagi menjaga ibu kandungnya yang dikhabarkan sakit.

Oleh kerana begitu cintakan bandar ini, Husin sanggup berkorban menghabiskan kebanyakan masanya demi memastikan Taiping sentiasa bersih dan bebas daripada sampah-sarap.

Lebih mengejutkan lagi, Husin yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan melakukan kebajikan ini secara percuma tanpa mengharapkan sebarang balasan daripada mana-mana pihak…

Malay Mail

Kebiasaannya, Husin akan membersihkan kawasan Taiping pada waktu pagi, Namun, sekiranya tidak berkesempatan, dia akan melakukannya pada waktu malam. Bagi menampung perbelanjaan harian, Husin meniaga sendirian dengan menjual sayur-sayuran, ulam-ulaman dan juga buah kelapa.

“Sumbangan saya kecil sahaja tetapi hati saya menjadi tenang jika dapat membantu”.

Berdasarkan perkongsian Facebook, sebelum ini kawasan jalan raya dipenuhi dengan sampah-sarap seperti plastik, botol air, kertas bungkusan makanan dan dedaun kering yang memenuhi longkang.

Malay Mail

Husin menyimpan angan-angan untuk memiliki sebuah motosikal agar dia mampu menunaikan tugasannya dari satu tempat ke satu tempat dengan lebih cepat sekali gus membantu menjimatkan masa.

Semoga Husin akan kekal sihat dan kuat untuk terus memberi inspirasi kepada orang ramai akan mengikut jejak langkahnya…

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Malay Mail via EraBaru