Lelaki ini punyai 38 isteri 89 anak dan 33 cucu.. Keluarga ini adalah keluarga terbesar di dunia

Siapa kata kahwin ramai tak bahagia, p0rak peranda rumah tangga? Lelaki ini buktikan semua itu tidak benar kerana beliau mengahwini lebih daripada seorang wanita. Ziona Chana yang berasal dari perkampungan Baktwang di Mizoram, India mempunyai 38 isteri, 89 anak dan 33 cucu

sekaligus menjadikannya ketua keluarga paling besar di dunia! Menurut Chana, 72 tahun, beliau sering berpegang dengan kata-kata ini,” Aku seperti anak Tuhan yang istimewa. dia mengamanahkanku begitu banyak orang untuk dijaga/dipelihara”.

Chana bersama keluarga besarnya itu tinggal bersama di rumah mereka setinggi 4 tingkat. Bagi memastikan kesemua kerja rumah berjalan lancar, isteri pertamanya Zathiangi dilantik sebagai pengelola. Setiap hari Zathiangi akan membahagikan tugas mengemas rumah seperti mencuci baju, membersihkan kawasan dalam dan luar rumah serta menyiapkan makanan kepada m4du-m4dunya. M4du-m4dunya akan membahagikan pula kerja di antara anak dan cucu masing-masing.

Bangunan 4 tingkat yang menjadi kediaman keluarga besar Chana. Huntharnghanki, isteri Chana menafikan bahawa keluarga besar mereka itu porak peranda dan tidak bahagia. Sebaliknya, beliau menegaskan bahawa seluruh ahli keluarga itu hidup saling menghormati,

menyayangi antara satu sama lain dan aman damai tanpa pertengkaran. Isteri Chana, Rinkmini berusia 35 tahun memberitahu bagaimana suaminya itu berjaya memikat hati dan mengahwini sebegitu ramai isteri adalah kerana Chana merupakan lelaki paling tampan di kampung mereka.

Beliau yang menjadi isteri Chana ketika usianya 18 tahun sebelumnya mendapat surat daripada suaminya yang menyatakan hasrat untuk berkahwin. Bagi memastikan kesemua isterinya mendapat nafkah batin, menurut Chana beliau mempunyai sistem rotasi untuk tidur bersama mereka untuk memastikan ianya adil dan saksama. Isteri paling muda mendapat bilik tidur paling dekat dengan bilik Chana.

Bahagian juadah pula, menurut Chana setiap kali waktu makan malam keluarga itu memerlukan 30 ekor ayam, 60 kilogram kentang dan hampir 100 kilogram beras. Meskipun menyedari bahawa kos untuk menampung perbelanjaan harian keluarganya itu tinggi, Chana masih menyuarakan hasrat untuk berkahwin lagi jika bertemu dengan wanita yang sesuai. (WHAT?)

Macam mana dia ingat nama isteri, anak dan cucu semua?

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Karangkraf via lobakmerah