“Lelaki Di Belakang Tu Biadab!” – Duduk Belakang Juri ‘Buat Perangai’, Zarol AF 2016 Ditegur Warga Net

Bintang Akademi Fantasia 2016 (AF 2016), Zarol ditegur warga net kerana mempamerkn aksi pelik ketika siaran langsung program Dansa Dan Sing.

Gelagat Zarol dianggap kurang sopan oleh warga net dan dilihat seperti sengaja melakukan aksi pelik setiap kali kamera merakam juri tetap, Linda Jasmine.

Di laman sosial Twitter mungkin aksi Zarol dikecam, tetapi sebaliknya di Instagram (IG), apabila gelagat penyanyi tersebut dianggap comel oleh para pengikutnya.

Zarol atau nama sebenarnya, Mohamad Afzarul Dzarif Mohd Mazle, 28, juga sempat memuat naik semula beberapa komen positif daripada pengikut di IG Story.

‘Dansa Dan Sing’ ialah sebuah pertandingan realiti yang menggabungkan elemen dinamik seni tari dan suara sebagai kriteria utama untuk penilaian barisan juri profesional di pentas mingguan.

Pertandingan yang mengangkat dua cabang seni ini bakal menilai persembahan setiap peserta berdasarkan rentak serasi menerusi cabaran tarian dan nyanyian.

Setiap peserta yang bertanding turut diiringi oleh koreografer dan kru tarian atau ‘troopers’ pilihan masing-masing untuk menyahut cabaran mingguan berdasarkan tema yang ditetapkan.

Episod pertama yang berlangsung malam tadi (Ahad), menyaksikan persaingan sengit di antara 10 barisan artis tanah air yang terdiri daripada penyanyi, pelakon dan selebriti internet popular di Malaysia.

Rangkaian program ‘Dansa Dan Sing’ akan bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan aktiviti perkembangan para peserta ketika membuat persiapan dan latihan menjelang konsert mingguan dapat ditonton melalui liputan harian ‘Kapsul Dansa Dan Sing’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 30 Disember 2019.

Manakala konsert mingguan ‘Dansa Dan Sing’ bakal dipancarkan secara langsung selama lapan minggu dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

Senarai Peserta DANSA DAN SING

Senarai 10 artis dan kumpulan terlibat ialah Arja, Atilia Haron dan Yasmin Hani, Chubb-E, Nik Qistina, Raja Syahiran, Shiha Zikir, Sophia Liana, Wani Kayrie, W.A.R.I.S, dan Harris Baba.

1. Arja – The Pirates

2. Atilia Haron & Yasmin Hani – The Lola

3. Chubb-E – Zeppo Youngsterz Crew

4. Raja Syahiran – 2Twenty2 Squad

5. Nik Qistina – DP Fam

6. Sophia Liana – Budak Ngam

7. WARIS – Alamak

8. Shiha Zikir – Squad

9. Harris Baba – Unique

10. Wani Kayrie – DeLitz

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: