‘Lebih dari 4 hari dia tinggal di pantai tu dalam keadaan yang lapar’

Seorang wanita warga Switzerland ditemui oleh orang awam dalam keadaan tidak terurus di pantai Beserah, Kuantan, Pahang. hari ini.

Syed Heider Al Hinduan yang memuat naik gambar wanita itu di Facebooknya berkata, dia pada waktu itu menghadiri kenduri kahwin di kawasan itu dan terjumpa wanita terbabit di pantai berhampiran rumah pengantin.

“Saya pergi ke resepsi perkahwinan di Beserah dan terjumpa seorang wanita warga Switzerland yang tinggal di pantai berhampiran.

“Dia sudah berada di situ lebih dari empat hari dalam keadaan lapar, tiada pakaian sebelum penduduk setempat memberi kain batik kepadanya untuk dipakai.

“Dia tiada duit, kulitnya juga mengalami selaran matahari (sunburn),” katanya.

Menurut Syed lagi, wanita bernama Chrystel Mary itu enggan berbahasa inggeris dan memilih untuk berbahasa Perancis.

“Dia tidak mahu berbahasa inggeris mungkin kerana dia memahami saya tetapi berpura-pura tidak faham. Saya tanya soalan biasa seperti dia dari mana, di mana keluarganya tetapi dijawab dalam bahasa Perancis.

“Kami telah memaklumkan kepada polis tetapi mereka juga tidak dapat berkomunikasi dengannya. Biarpun menggunakan Google Translate, tidak banyak maklumat yang diperolehi.

“Tolong sebarkan, mungkin ada keluarga yang mencari dia sejak dia tiba di Malaysia pada 8 April lalu,” ujarnya.

Netizen cuba membantu mencari keluarganya menggunakan enjin pencarian Google, namun terjumpa laporan media mengenai wanita itu di mana pihak Kerajaan Filipina telah menghalaunya sebaik saja tiba di lapangan terbang negara itu.

Difahamkan, sekatan itu dikenakan terhadap Mary pada Disember 2018 ke0rana dia mempunyai rekod dalam jenyh dd4h.

Ekoran itu, Mary diusir ke Hong Kong dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Auino.

Menurut Biro Imigresen Filipina, ketika disoal siasat, Mary tidak memberikan kerjasama dan gagal menjawab soalan yang mahu mengetahui tujuan kedatangannya ke negara itu.

“Dia tidak dapat menjawab soalan yang dikemuka. Tidak beberapa lama selepas itu, dia mengaku yang dia mengambil ddah jenis m0r fin atas alasan kesihatan serta mahu keluar dari lapangan terbang itu.

“Dia juga mendakwa tidak mengenali sesiapa di Filipina, tidak dapat memberitahu ke mana arah tujunya. Ia sangat pelik, malah dia boleh tertidur ketika sedang disoal siasat yang menyebabkan kami terpaksa membawanya untuk melakukan pemeriksaan kesihatan.

“Kami tiada pilihan lain dan terpaksa mengarahkannya keluar dari negara ini,” kata pegawai biro berkenaan.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Syed Heider Al Hinduan, Philiphoneslifestyle Via layansudah