Dia Ambil Duit dan Lari – Lisdawati Cari Wanita Ini Sampai Lubang Cacing

Pelakon Lisdawati meminta pertolongan pengikutnya di laman sosial Instagram untuk mencari seorang wanita bernama Nurul Ashikin Aided.

Lisdawati memuat naik foto dirinya bersama Ashikin serta foto kad pengenalan Ashikin di entri Instagram terbabit.

“Rasanya ada tak sesiapa kenal dengan wanita ini, please DM saya please… URRGENT.

 

“Saya nak ajak bincang cara baik. Dulu datang jumpa saya mulut maniis sampai datang rumah beberapa kali, jadi kita settle maniis-maniis ye,” tulis Lisdawati.

Biarpun tidak menyebutkan sebab mengapa dia mahu mengesan wanita tersebut, komen yang ditinggalkan oleh suami Lisdawati, pelakon Fauzi Nawawi seakan menjawab persoalan terbabit.

“Dia ambil duit dan Kari,” jawab Fauzi sebagai membalas komen salah seorang pengikut Instagram Lisdawati.

Di ruangan komen, peminat pelakon filem KL Menjeriit ini mendoakan agar usaha Lisdawati mencari wanita terbabit dipermudahkan.

Sekadar info, Lisdawati atau nama sebenarnya, Nisdawati Nazaruddin, 41, mula menceburkan diri dalam bidang hiburan semenjak tahun 2000.

Lisdawati mendirikan rumah tangga dengan Fauzi pada 9 September 2007 selepas beberapa tahun menjalin hubungan cinta.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber :Astrogempak