“Jika Mahu Rasa Muda, Lahirkan Anak Pada Usia 40 Tahun…’ – Ibu Anak 5 Ini Bangga Lahirkan Anak Pada Usia 40 Tahun

Bukan mudah untuk menjaga kehamilan sehingga melahirkan anak yang sihat terutama buat wanita yang hamil agak lewat sekitar umur 40-an. Namun, semua cabaran berjaya dihadapi oleh wanita cekal ini apabila dia berjaya melahirkan seorang anak lelaki pada Jun 2018 ketika usianya sudah mencecah 40 tahun.

Pereka dalaman yang juga selebriti TV itu, Joanna Gaines yang juga merupakan ibu kepada lima orang anak berkata, ‘jika anda mahu berasa muda lagi, cuba bersalin pada usia 40 tahun!’

Gaines ibu kepada lima orang anak bangga melahirkan si kecil Crew pada usia 40 tahun! 

Facebook | Joanna Gaines

Ketika wanita lain seusianya sudah mula menjalani hidup sihat dengan melakukan yoga atau membaca buku-buku motivasi, Gaines pula teruja menanti kehadiran cahaya mata kelima. Tarikh 21 Jun 2018 menjadi satu lagi sejarah buat mereka sekeluarga apabila bayi lelakinya, Crew dilahirkan dengan selamat.

Gaines bersama suami dan lima orang anaknya

Facebook | Joanna Gaines

Gaines melahirkan anak lelaki pertamanya, Drake yang kini berusia 13 tahun ketika usianya 27 tahun. Selepas Drake, ibu ini melahirkan Duke, 9, Ella, 12 dan Emmie, 8 tahun. Memandangkan jarak antara Emmie dan Crew agak jauh wanita ini merasakan dia telah menjadi ibu sekali lagi.

Gaines bangga dengan apa yang dilakukan dan turut menyampaikan nasihat positif di Facebook

Facebook | Joanna Gaines

“Saya percaya bahawa kita semua sudah bersedia. Apa sahaja ‘musim’ yang anda alami, apa jua kehidupan yang anda lalui, sama ada ketika anda merasakan kejayaan atau kegagalan, sesuatu yang dijangka atau tidak, anda sebenarnya sudah bersedia. Anda bersedia untuk belajar, untuk meraikan, untuk bertahan. Untuk mengendalikan semua perkara yang menghalang ‘jalan’ anda,” tulisnya di Facebok selepas beberapa minggu kelahiran Crew.

Crew membesar dengan ceria dan sihat!

Facebook | Joanna Gaines

Kekuatannya serta sikap positifnya bukan sahaja membuatkan ramai orang kagum dengannya malah turut memberi inspirasi kepada orang ramai terutama golongan wanita dan mereka yang bergelar ibu.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Facebook | Joanna Gaines  via EraBaru