[VIDEO] “Wehh Dah Ada Kompilasi Lagu Dia Haha….” – Netizen Pilih Lagu Pudar Nyanyian Ustaz Madi Yang Paling Menghiburkan

Terjawab sudah segala persoalan dan kemusykilan netizen mengenai drama Nur 2 apabila ianya telah melabuhkan tirai semalam untuk episod yang terakhir. Pelbagai komen yang telah diberi oleh penonton mengenai cerita tersebut terutamanya tentang watak Ustaz Hamadi yang dipegang oleh Azhan Rani. 

Kemuncaknya adalah kemati4n ustaz hamadi di tangan Aisyah, isterinya sendiri. 

Namun, apa yang menarik perhatian lagi adalah watak Ustaz Hamadi ini seringkali menyanyi tak kira di situasi apapun yang berlaku. Antara lagu yang oernah menjadi pilihan Ustaz Hamadi dalam drama Nur 2 adalah seperti:

  1. Aku Bukan Malaikat – Dato Seri Siti Nurhaliza
  2. Bobo Dimana – Datuk Seri Alif Syukri, Nur Sajat, Lucinta Luna
  3. Kekal – Ziana Zain
  4. Bahenol – Animasi Si Nopal
  5. Comel Pipi Merah – Dato Seri Siti Nurhaliza
  6. Pudar – Datuk Rossa
  7. Sehati dan sejiwa -Haslinda
  8. Police Entry – Elizabeth Tan

Terbaru, melalui laman instagramnya sendiri, Azhan Rani berkongsi satu video kompilasi nyanyian Ustaz hamadi yang telah diedit oleh seorang penonton. 

urghh tak sempat lagi aku record single aku dah ada orang buat kompilasi lagu yang aku da ‘sumbang’kan ni?🤔🤔🤭 malam ni aku busy nak buat vocal training ye.. jangan call please!! 

VIDEO:

Disebalik sikapnya yang membuat penonton geram dan marah, terselit jugak beberapa adegan yang lawak apabila Ustaz Hamadi menyanyi.

Komen Netizen;

Tang lagu pudar memang mintak lempang…

Geram ada kelakar pun ada..

Lagu lagu by ostaj madi…

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: IG @azhan_rani