Lagi Cantik Dari Zaman Muda, Nia Ramadhani Tampil Lebih Anggun Walau Punya 3 Anak!

Cantiknya dia! Makin meningkat usia dan ada anak, makin berseri-seri kecantikan Nia Ramadhani. Kalau tengok susuk tubuh ibu berusia 29 tahun ini pasti ramai yang tidak menyangka Nia sudah pun mempunyai tiga orang anak. Yang pasti, kejelitaan Nia hari ini lebih menarik berbanding ketika dia masih bergelar anak d@ra.

Mula mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan, Anindra Ardiansyah Bakrie pada April 2010.. perkahwinan yang meniti usia hampir sembilan tahun ini lebih bermakna apabila pasangan romantis Indonesia tersebut dikurniakan tiga cahaya mata comel iaitu Mikhayla Zalindra (7 tahun), Manaika Zannati (4 tahun) dan Magika Zalardi (2 tahun).

Walaupun anak-anak masih kecil, tapi penampilan selebriti Indonesia ini tetap menawan dan mencuri perhatian. Bahkan, kemesraan Nia di samping suami tercinta juga cukup intim seolah-olah seperti pasangan baru berkahwin.

Sedang menikmati percutian keluarga di London, Nia atau nama sebenarnya Prianti Nur Ramadhani seorang yang aktif bersukan. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan sukan ski. Antara pergunungan salji yang menjadi pilihan Nia untuk melakukan sukan berkenaan ialah Switzerland, New Zealand dan Australia.

 

Sering tampil dengan gaya mewah, perkahwinan Nia bersama Ardie Bakrie nyata bukan calang-calang. Ardie Bakrie merupakan ahli lembaga pengarah bagi stesen television TV One dan dilahirkan dalam keluarga ternama Indonesia juga anak bongsu kepada Aburizal Bakrie, seorang usahawan terkaya di Asia Tenggara yang memiliki empayar Bakrie Group.

Mengimbas kembali detik pernikahan gilang-gemilang mereka, antara tetamu kehormat yang menyaksikan majlis ijab kabul Nia dan Ardie Bakrie ialah Presiden Republik Indonesia ketika itu.. Susilo Bambang Yudhoyono. Perkahwinan mereka juga mencipta sejarah tersendiri apabila cincin kedua-dua mempelai bertatahkan da@rah yang diambil daripada Nia dan Ardie kemudian disatukan di atas batu cincin sebagai lambang sehidup semati selamanya.

Nia memulakan karier seni di Indonesia sebagai penari cilik sebelum mengembangkan bakat dalam industri lakonan. Antara lakonan hebat Nia dan memberi kesan kepada penonton di Malaysia adalah menerusi sinetron popular, Bawang Putih Bawang Merah yang turut dibintangi pelakon handalan, Revalina S Temat.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Amyra Rosli, Nia Ramadhani via himpunanceritalawak