“Ambik Gambar Pakai Kalkulator Ke…? – Kongsi Gambar Lama Ketika Akad Nikah, Aeril Zafrel Tarik Perhatian Netizen

Pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sering mendapat perhatian ramai dek kemesraan dan kebahagaian rumahtangga mereka.

Malah, ada ketikanya setiap kapsyen yang ditulis turut menjadi perhatian ramai.

Terbaru, Aeril telah memuat naik sekeping foto lama ketika akad nikah mereka beserta kapsyen yang telah menarik perhatian peminat.

Kapsyen;

Waktu ni ‘mahar’ buatmu, hanya janjiku untuk menjaga , melindungi dan membahagiakanmu..

Gambar yang kelihatan kabur bersama kapsyen Aeril itu telah mendapat pelbagai komen dari peminat yang kagum dengan hubungan mereka setelah sekian lama. Tidak kurang juga ada peminat yang terhibur melihat penampilan Aeril ketika itu. 

Komen netizen;

Masya Allah…

Alhamdulillah syukur janji ditunai…

Muka feels teruk…

Waktu ni rambut tak tumbuh lagi dekat muka…

Mengikat tali pernikahan pada tahun 2012, mereka telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar dan juga Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa. 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: IG @aerilzafrel