Kongsi Foto Buat Pertama Kalinya, Artis & Gadis Litar Manis Menutup Aurat

0
101

Beberapa hari lalu, media melaporkan Kerajaan Negeri Terengganu sedang mengambil kira dan merangka satu garis panduan pemakaian patuh syariah terutama bagi atlet dalam bidang kesukanan.

Terbaru, negeri Darul Iman itu telah melaksanakan etika pemakaian ketika perlumbaan Toyota Gazoo Racing (TGR) yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak pada hujung minggu lalu.

Perkara itu dikongsi seorang pengguna Facebook, Amiruddin Mohd Rosdi yang mengucapkan tahniah kepada pihak yang berusaha untuk memartabatkan syariat Islam di negeri tersebut.

“Kebiasaannya menampilkan artis dan gadis litar yang tidak menutup aurat, tapi kini mereka mengikuti apa yang ditetapkan oleh kerajaan negeri,” tulisnya.

Ini secara tidak langsung membuatkan selebriti wanita yang terlibat seperti Janna Nick, Diana Danielle dan Ain Edruce tampil memakai tudung ketika perlumbaan.

Ramai memuji cara sebegini kerana kita dizaman maju tidak memerlukan wanita berpakaian sekksi sebagai alasan untuk memeriahkan majlis. Apakah pemakaian sekksi wanita menjadi penanda aras perlumbaan bidang permotoran?

Dari zaman dulu lagi gadis litar dijadikan simbolik dan sampai bila negara kita nak berubah jadi yang pertama menjadikan mereka menutup aurat? Semoga ianya menjadi contoh buat yang lain.

Sumber : Amiruddin Mohd Rosdi

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  : Viral Gempak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here