Eh Bukan Mak Khai Bahar Ke Tu. Netizen Berteka-teki Bila Gambar Wany Hasrita Disarung Cincin Tular

Foto yang dimuat naik oleh akaun Instagram milik syarikat rakaman FMC Music mencetuskan tanda tanya netizen.

Akaun Instagram terbabit berkongsi foto seorang wanita yang sedang menyarungkan cincin di jari manis Bintang Paling Popular ABPBH31, Wany Hasrita.

“Serius ke @wanyhasrita sudah dilamar?” tertulis di bahagian kapsyen.

Di bahagian komen entri terbabit, rata-rata peminat mula berspekulasi dan berteka-teki adakah benar penyanyi kegemaran mereka kini sudah bergelar tunangan orang.

Wany turut meninggalkan komen pendek, ‘Euw’ di entri terbabit.

Bagaimanapun rata-rata percaya itu hanyalah lakonan dalam video klip terbaru Wany Hasrita dan gambar tersebut hanyalah gimik semata-mata.

Malah ada seorang netizen cuba mengaitkan pelakon yang sedang menyarungkan cincin itu sebagai mak Khai Bahar pula

” Eh jap….bukan ke mak cik yg sarungkan cincin kat wany tu mak khai bahar dlm mv luluh n sinar syawal…” komen netizen bernama cikpingu_97 

MENANAM impian untuk mempunyai sebuah majlis pernikahan serba ringkas, dihadiri keluarga dan sahabat terdekat tanpa kehadiran pihak media, penyanyi Wany Hasrita kelihatannya sangat bersemangat bercerita mengenai gambaran hari bahagianya itu.

Si manis ini sebenarnya tidak pernah menolak andai jodoh datang terlebih awal meski fokus lebih pada kerjaya seni pada waktu ini. Wany sedar, andai ia sudah jadi ketetapan dan takdir Tuhan, mengapa perlu menafikan?

Pun begitu, sayang sekali, ia hanyalah sebuah angan-angan yang masih belum tercapai. Memandangkan si cantik manis ini sebenarnya masih belum menemui ‘Putera Idaman’ yang 
mampu mencuri hati dan menyunting dirinya, lambat lagi dia akan bergelar isteri.

Dikaitkan gosip bercinta dengan beberapa orang lelaki dengan ada antaranya menyebut nama Tajul dan Khai Bahar, Wany juga tidak terkejut apabila mendapat tahu dirinya dikaitkan dengan bekas vokalis kumpulan Q-Face, Fairuz Selamat.

Secara peribadi, dia juga hairan mengapa lelaki-lelaki ini dikaitkan dengan dirinya sedangkan sedikit pun perasaan cinta tidak pernah wujud dalam hatinya buat mereka.

“Baik Tajul, Khai Bahar atau Fairuz, saya cuma berkawan sahaja dengan mereka. Banyak sangat saya dikaitkan dengan lelaki ni, tertekan juga rasanya.

“Tak tahu macam mana boleh timbul cerita ni. Macam dengan Fairuz, tak akanlah disebabkan dia melawat dan sering meletakkan gambar kami di Instagram, maka itu bermaksud kami ada apa-apa. Rapat tidak semestinya bercinta,” katanya.

Berulang kali menyatakan dia sudah lama mengenali Fairuz ketika menyertai komuniti aplikasi Smule, Wany tidak pernah terfikir akan ada orang salah faham mengenai persahabatan mereka kerana tiada masalah dengan kebiasaan Fairuz itu.

“Dia memang suka bergambar setiap kali kami berjumpa dan akan memuat naik di media sosial. Tak pernah pula saya halang atau marah kerana menganggap semua orang tahu kami memang berkawan.

“Saya pelik juga, setiap kali bergambar dengan lelaki, orang akan label saya bercinta dengan lelaki itu, walhal saya tak bohong, memang tidak bercinta dengan mana-mana lelaki pun sekarang ini,” katanya.

Orang tak suka.

Terfikir bahawa barangkali ada kalangan peminatnya tidak suka dengan keadaan itu, Wany tahu dirinya perlu menjauhi kebiasaan dan keselesaan itu demi menjaga hati banyak pihak.

Enggan mengeruhkan keadaan, dia yang hits dengan lagu Menahan Rindu melihat keadaan ini sebagai lumrah kehidupan seorang artis.

Untuk itu, Wany berusaha mengelak memuat naik sebarang gambar termasuk kelihatan terlalu rapat dengan mana-mana lelaki di ruang media sosial demi menjaga nama baiknya.

Tidak cuma itu, Wany juga mengaku ada ketika ibunya, Norita Jaafar yang berstatus ibu tunggal tertekan dengan gosip seperti itu lantaran bimbang apa akan dikata orang.

“Selepas ketiga-tiga lelaki ini, saya harap tiada lagi gosip bercinta dengan sesiapa. Kalau betul-betul bercinta, saya nak rahsiakan dan tahu-tahu saja kahwin terus,” katanya yang mengaku ciri lelaki idamannya adalah persis Remy Ishak, tinggi, gelap dan tampan.

Jom baca apa komen netizen di bawah

1) @_noor_aiman Eh jap….bukan ke mak cik yg sarungkan cincin kat wany tu mak khai bahar dlm mv luluh n sinar syawal…hahaha diorang tengah shoot music video je tuh

2) haida_hany Jap… Aku serius??? Kuharap kau sayang kau benar serius… Dan papa dan mama terima rombongon mu dengn sngt senang di hati

3) teamctdk92 Tu bukan mak khai lh.. Mak khai ada kat kg kn meraka kawan je

4) nurqistina.32@wanyhasrita betul ke kak wany? Fewww boleh kena sakit jantung ni taw hahaha

5) najib_5025@sitihaslinasa harapan mengunung ingin melihat @wanyhasrita dan @tajulofficial bercinta dan kawen…

6) sitihaslinasa@najib_5025 untunglah wany…dpt merasai pengalaman dilamar dan bertunang walaupun hanya lakonan…

7) puterirapunzel_Jap. Sebelum baca caption, I akan tengok dulu orang sekeliling dia. Kan ramai pelakon tu hahhaa

8) cikpingu_97 Eh jap….bukan ke mak cik yg sarungkan cincin kat wany tu mak khai bahar dlm mv luluh n sinar syawal…

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber  : gempak via Newscoviral