Kesian Bella, penat sangat kerja sampai sak1t dibuatnya – Didi Astillah

Penyanyi remaja, Didi Astillah, 23, menerusi laman Instagram miliknya memaklumkan bahawa kakaknya, Bella Astillah telah jatvh sak1t akibat kepenatan mencari rezeki.

Didi atau Dayang Nazilah Awang Astillah turut meluahkan rasa simpati melihat keadaan Bella yang begitu gigih bekerja sehingga kesihatan kakaknya itu terjejas.

“Ya Allah, kesian Kak Long, penat sangat kerja sampai sak1t-sak1t.

“Get well soon Kak Long!” ucap Didi berdasarkan kapsyen yang disertakan klip video dimuat naik pada ruang Insta Story.

Pada masa sama, pada laman Instagram milik bekas isteri Aliff Aziz itu, Bella berkongsi keadaannya yang sedang menerima rawatan di Hospital Ampang, Kuala Lumpur.

Bella berkongsi gambarnya ketika sedang mendapatkan rawatan.

Biarpun kondisinya dilihat begitu lemah dan tidak bermaya, Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 25, sempat berterima kasih kepada para peminat yang mendoakan kesejahteraannya.

Pesona tiga beradik, Eriqa, Bella dan Didi.

“Terima kasih atas doa anda semua. Rasa sangat dihargai.

“Saya juga nak minta maaf kerana dalam tempoh ini, saya tak boleh nak buat review (ulasan berbayar) seperti dijanjikan.

“Lepas saya kembali sihat, saya akan buat semula,” ujar Bella dalam nada suara yang serak dek mengalami batuk berpanjangan.

VIDEO:

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber– MHE TV