Saya akan berangkat ke Tanah Suci Ogos ini bagi mengerjakan rukun Islam kelima – Erra Fazira

“Erra akan ke sana tanpa ahli keluarga atau kawan kawan. Insya-Allah Erra akan berada di Mekah selama dua minggu,” menurut rakan terdekatnya malam tadi.

Erra yang pernah mengerjakan umrah sebelum ini, berasa gembira hajat buat haji semakin dekat. Semoga segala dirancang berjalan lancar.

Terbaharu, Erra sudah selesai menjayakan pembikinan filem Wangi arahan Yeop Hitler dengan barisan pelakon Sharnaaz Ahmad, Nabila Huda dan lain lain.

Filem itu bakal ditayangkan September ini. Erra juga lebih selesa berdiam berbanding melayan sebarang pertanyaan media mengenai hubungan baik dengan sahabat baiknya tercalar dan sudah saling bermaafan.

Pelakon yang pernah dua kali berkahwin dan bercer4i (dengan Yusry Abdul Halim dan Engku Emraan) juga lebih selesa low profile tentang cerita cintanya yang hangat diperkatakan dengan Shahir. – MHE TV

 

 

Sumber: MHE TV

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon