Kejutan Melet0p awal 2020, Erra Fazira kendali bersama Nabil

Setelah Neelofa selaku pengacara Meletop mengundurkan diri secara rasmi pada minggu lalu, ramai yang semakin tertanya-tanya siapakah yang menggantikan posisi selebriti popular itu yang akan bergandingan dengan Nabil Ahmad.

Bahkan, sejak kebelakangan ini ramai nama selebriti tanah air telah ‘dipetik’ peminat rancangan berkenaan untuk meneka sebagai pengacara Melet0p dan diantaranya Jihan Muse, Ain Edruce malah Mira Filzah juga jadi sebutan ramai.

Bagaimanapun, semalam Nabil Ahmad tidak hanya muncul sendiri di set Melet0p namun pihak produksi menjemput pelakon dan penyanyi yang sudah tidak asing lagi dalam dunia hiburan iaitu Erra Fazira.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Surprise! Bukan main main tau partner @nabilzira untuk episod pertama MeleTOP 2020. @errafazira ! 😃 #MeleTOP

A post shared by MeleTOP (@meletop) on

“Surprise! Bukan main main tau parner Nabil untuk episod pertama Meletop 2020. Erra Fazira…”

Posting di Instagram yang dapat dilihat disamping Nabil Ahmad ada selebriti terkenal itu membuatkan foto berkenaan meraih ribuan tanda suka.

Namun begitu, Erra Fazira didedahkan hanyalah pengacara jemputan rancangan Meletop sahaja untuk menemani Nabil Ahmad bagi episod pertama pada tahun baharu 2020 ini.

Difahamkan, pengacara baru untuk Meletop masih belum didedahkan lagi buat masa sekarang.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Rupanya @errafazira hos jemputan minggu ni! Halah halah kemain syok @nabilzira eh! 🤣 #MeleTOP

A post shared by MeleTOP (@meletop) on

Oleh kerana itu, menerusi ruangan komen di laman Instagram rasmi Meletop ramai yang inginkan Jihan Muse untuk bergandingan bersama Nabil Ahmad.

“Nak Jihan”

“Tengok Kak Erra…”

Dalam pada itu, netizen turut meluahkan rasa suka dengan cara Erra Fazira mengacara dan mengharapkan dia sebagai penganti Neelofa di Meletop.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Meletop via HCL via Pisang Daily