Mimpi Kaabah Telah Membuka Hati Michael Ang Untuk Peluk Islam

Mengakui sudah memeluk agama Islam sejak setahun lalu, Michael Ang berkongsi cerita dimana dia telah mendapat hidayah sejak dua tahun lalu apabila dia mimpikan Kaabah.

Menurut Michael, dia bermimpi dibawa masuk ke dalam Kaabah yang dipenuhi dengan teko berwarna emas dan mengeluarkan air yang sangat wangi. Katanya lagi, sejak itu dia mula mendalami tentang agama Islam dan memeluk Islam. “Dua tahun lepas saya mendapat hidayah. Awalnya saya tidak tahu apa-apa mengenai mimpi itu sehinggalah saya google mengenainya.

“Barulah saya tahu orang yang bawa saya masuk dalam rumah itu, dalam itu sebenarnya adalah kaabah. Sejujurnya saya fikir kaabah itu adalah batu yang dibalut dengan kain. Jadi bila tengok dalam google, ianya sama dengan mimpi saya.

“Saya juga bermimpi ada teko emas tergantung dalam kaabah itu mengeluarkan air yang sangat wangi seperti bunga ros. Kemudian saya juga nampak tulisan jawi pada jubin dalam kaabah berkenaan. Sejak itu saya mula mengambil tahu mengenai Islam dan tanya sesama rakan-rakan artis,” katanya.

Mengalami kesukaran untuk membaca dalam bahasa Arab, Michael memberitahu dia tetap menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim dan menggunakan bahasa Inggeris dalam pembacaan solat. Dalam pada itu, Michael juga meluahkan rasa syukur perjalannnya untuk memeluk Islam diterima baik oleh keluarganya.

“Walaupun saya dibesarkan dalam ajaran Bvdha, tetapi saya tidak diajar tentang agama itu. Pada ketika itu juga dah sudah mempersoalkan kenapa kita perlu ada banyak tuhan?

“Alhamdulillah, penerimaan keluarga sangat baik. Masa awal-awal masuk Islam, keluarga ada buat kejutan apabila bersama-saam saya meraikan hari raya pertama saya sebagai muslim. Mereka siap belikan saya lemang,” katanya. SUMBER MSTAR ONLINE

Artikel Berkaitan ‘Michael Ang Ded4h Sudah Peluk Islam Setahun Lalu’

Dikatakan sudah bergelar Mualaf semenjak mula belajar berpuasa pada Ramadan tahun lalu, pengarah dan penerbit, Michael Ang mengesahkan dia sudah memeluk agama Islam lebih setahun lalu.

Perkara itu did3dahkan Michael sendiri menerusi satu v1deo eksklusif. Menurut Michael, dia mendedahkan perkara itu bertujuan tidak mahu masyarakat memperkatakan mengenai status agamanya setiap kali dia menunaikan solat Jumaat di masjid.

“Alhamdulillah, kini sudah lebih setahun saya bergelar seorang Muslim. Saya dah sedia memberitahu semua mengenai perkara ini. Sejujurnya, selama saya mendalami agama Islam, masih ada banyak perkara yang saya harus pelajari.

“Untuk saya mula tunaikan solat Jumaat, lebih baik saya berterus terang daripada ada orang melihat saya di masjid dan memperkatakan tentang perkara ini. Dalam pada itu, Michael memberitahu juga tidak mahu perkara tersebut diperbesarkan serta meminta orang ramai mendoakan yang terbaik serta semoga penghijrahannya akan sentiasa diberkati.

“Sebenarnya kalau boleh tak nak memperbesarkan kerana ini antara saya dan Allah. Doakan sahaja saya kekal di jalan ini dan saya alu-alukan segala tunjuk ajar,” katanya.

Diruangan k0men akuan Instagram miliknya, ramai netizen meluahkan rasa gembira dan bersyukur di atas penghijrahannya itu. Malah ramai yang mendoakan agar Allah sentiasa memelihara hatinya dan kekal istiqomah.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

SUMBER: Cokelat Putih via @AkuOkay