“Tak kira mahal atau murah” – Ini Sebab Kenapa Jurufoto ‘Sound’ Tetamu Yang Ambil Gambar Pakai Phone

Selama ni kita cuma fikir happy kita-kita je bila nampak kawan kahwin, sibuk nak bergambar dengan pengantin masa dia tengah bersolek bahkan di atas pelamin.

Jurufoto yang pengantin dah bayar tu kita abaikan je, ramai yang pandang remeh pasal hal ni sampai kita lupa yang kita ni sebenarnya dah susahkan kerja orang, kalau Amirahwani Rahimi tak beritahu, sampai bila-bila kita tak sedar.

Tolong simpan telefon pintar anda, tidak kira mahal mahupun murah

Sumber : Twitter

Bukan nak pertikaikan, tapi memang betul apa yang Amirah ni katakan, gambar yang kita rakam ni nilai tak berapa nak tinggi dibandingkan dengan jurufoto yang diamanahkan untuk merakamkan detik indah mempelai sebagai pengantin.

Sementara kita cuma nak upload di media sosial, itu pun dekat ig story je kan?

Agak terkilan bagi si mempelai dan jurufoto bila gambar yang sepatutnya cantik, dapat banyak g4ngguan.

Misalnya kalau pengantin tengah berarak, lepastu gambar pula tak jadi, takkanlah nak suruh pengantin pusing balik bejalan lagi kan? Bila ditegur tahu pula nak m4rah.

Ramai yang bersetuju dengan kata-kata Amirah ni, sebagai seorang jurufoto luahan Amirah ni mendapat 2.2K jumlah perkongsian.

Hurm, dugaan juga jadi jurufoto ni. Kadang-kadang ada yang diarah untuk minta ambil gambar dengan pengantin lepastu nak perli-perli mereka handphone mahal.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Lobak Merah