Jadikan Al-Quran Peneman Harian, Juara Qariah Selamat Bergraduasi

Juara qariah Tilawah Al Quran peringkat antarabangsa 2019, Nor Farhatul Fairuzah Panut berjaya menamatkan pelajaran tingkatan enam di Sekolah Menengah Agama Perempuan Labu, Negeri Sembilan.

Berita tersebut telah dimuat naik di laman Instagram miliknya bersempena majlis graduasi yang telah berlangsung baru-baru ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#Graduasi2019 ☀️✨Alhamdulillah

A post shared by Farhatul Fairuzah (@farhatulfairuzah) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan 🤗 Goodluck semua! #Graduasi #1monthtogo

A post shared by Farhatul Fairuzah (@farhatulfairuzah) on

Ramai pengikut di laman instagramnya turut mengucapkan tahniah diatas kejayaan Farhatul. 

Semoga berjaya dunia akhirat…

Tahniah Farha…

Alhamdulillah tahniah…

Sebagai tambahan, Farhatul merupakan anak kepada bekas qari dan qariah, Allahyarham Haji Panut Markum dan Hajah Jaliah Simin.

Selain itu, dia turut mengamalkan rutin harian membaca Al Quran selepas selesai solat fardu, selain tidak mengambil minuman berais untuk menjaga suara. Anak bongsu daripada lima beradik itu juga mempunyai impian untuk menjadi pensyarah dan berhasrat bagi membuka kelas pengajian tarannum pada masa akan datang.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Farhatul Fairuzah , Astro Awani via OMM