Ismail Izzani tayang kereta mewah hasil tiga tahun jadi artis… “Bukan riyak, cuma kongsi dengan peminat”

Ismail bakal miliki kereta mewah yang dibeli menggunakan wang hasil sebagai penyanyi. Foto Instagram @ismailizzani_

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

– #cintaismailizzani 😊

A post shared by ONE & ONLY (@ismailizzani_) on

TINDAKAN penyanyi Ismail Izzani memuat naik video dan foto sedang memandu uji sebuah kereta mewah mengundang perbalahan netizen.

Ada yang beranggapan penyanyi berusia 19 tahun ini bersikap riyak dan sengaja ingin menunjukkan kemewahan yang dimiliki olehnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

– Me when @mas_dewangga put an unexpected sound on the track #cintaismailizzani 🤣👌🏻🔥

A post shared by ONE & ONLY (@ismailizzani_) on

Enggan terus melatah dengan kritikan netizen di laman sosial, Ismail memberitahu apa yang dimiliki itu atas hasil kerja keras yang dilakukan sepanjang bergelar penyanyi.

Tambahnya lagi, perkongsiannya itu bukan berniat untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya hanya sekadar berkongsi sebahagian daripada pencapaian yang boleh dibanggakan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

– Okayh tak kalau saya bawak awak jalan2 naik kereta ni 🤔?? Insyaallah new baby coming home real soon 🖤

A post shared by ONE & ONLY (@ismailizzani_) on

Instagram itu ruang untuk saya berkongsi banyak perkara dan contohnya baru-baru ini saya muat naik foto beli kereta mewah bukan sebab nak menunjuk atau riyak.

“Sebenarnya saya hanya mahu berkongsi apa yang saya miliki atas usaha dan hasil titik peluh sendiri… bukannya nak berbangga diri semata-mata!

Ismail dituduh menunjuk-nunjuk kerana memuat naik foto dan video kereta mewah yang bakal dibeli.

“Selama tiga tahun dalam industri, saya rasa tak salah untuk saya beri penghargaan untuk diri sendiri dengan membeli sesuatu yang kita minat dan kereta mewah itu adalah kereta pertama saya,” katanya kepada mStar.

Penghujung Jun lalu, penyanyi lagu Luar Biasa ini berkongsi keterujaan bakal memiliki sebuah kereta mewah jenama Mercedes.

Dia turut memuat naik beberapa rakaman video sesi pandu uji kereta mewah berwarna putih itu sehinggakan menerima pelbagai komen daripada netizen.

Usaha keras tiga tahun Ismail membuahkan hasil.

Sementara itu, anak kepada penyanyi Datin Suliza Salam ini berkata kebanyakan peminatnya di Instagram sudah memahami cara dia berkomunikasi sesama mereka.

Ujarnya, dia mempunyai cara tersendiri dalam menghiburkan pengikut di laman tersebut.

“Saya kongsi banyak benda, sampai buat video menari gila-gila pun saya upload, kebanyakan pengikut setia sudah faham dan tak ambil serius.

“Tapi kalau orang yang tak biasa dengan cara saya, mereka pasti akan mengecam. Tak apalah, masing-masing ada cara untuk meluahkan pendapat dan saya terima apa sahaja komen mereka,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: mStar