Inilah Gaya 5 Selebriti Yang Berbadan Dua Di Hari Raya, Ada Yang Nampaknya Dah Tak Lama Bakal Timang Cahaya Mata

Keh4milan merupakan anugerah yang cukup bernilai bagi wanita. Ini termasuklah buat beberapa artis yang bakal melahirkan anak tahun 2019 nanti. Sebagai orang yang dikenali, tentunya peminat akan rasa gembira dengan penambahan cahaya mata selebriti kesayangan mereka dan ada juga yang bakal bergelar ibu buat pertama kalinya.

Ketibaan 1 Syawal tahun ini diraikan penuh kesyukuran dan kemeriahan. Inilah Gaya 5 selebriti yang berbadan dua di hari raya, yang nombor 2 tu dah tak lama nampaknya

Elfira Loy

Baru-baru ini pelakon Elfira Loy mengesahkan yang dia kini hamil anak sulung selepas empat bulan berkahwin dengan Faris Khairol Anuar. Elfira yang dijangka melahirkan anak pada penghujung tahun ini. Dipetik dari BH Online, Elfira tetap berusaha menjalani ibadah puasa. Menurutnya, dia tidak mahu terlalu memanjakan diri hingga mengabaikan tanggungjawab melunaskan Rukun Islam ketiga itu. Tetap menawan Di 1 Syawal.

Izreen Azminda

Pelakon Izreen Azminda tengah menjalani kehamilan anak pertamanya selepas berkahwin dengan Ude Wahid. Menerusi akaun Instagramnya, Izreen memuat naik foto yang menampakkan perubahan bentuk badannya. Menurut Izreen, berat badannya kini telah mencecah 70 kg selepas kandungannya mencecah usia 7 bulan.

Memilih color sedondon untuk raya 2019, walaupun berbadan dua tetap cantik bergaya.

Kaka Azraff

Ini adalah pengalaman pertama berbadan dua buat penyanyi Kaka Azraff di bulan Ramadan. Dia baru saja mengumumkan sedang hamil empat bulan. Dipetik dari Astro Awani, Kaka menyedari dirinya hamil selepas hampir pengsan ketika sedang memasak. Selepas membuat ujian kehamilan, Kaka berasa sangat terkejut kerana keputusannya adalah positif. Sempena 1 Syawal lalu, Kaka tetap bergaya dan cantik mengenakan dress labuh.

Shila Amzah

Beberapa bulan saja lagi, Shila Amzah bakal melahirkan anak pertamanya tidak lama lagi. Shila antara ibu-ibu yang bertuah kerana dapat merasa pengalaman mengandung di bulan Ramadan. Pasti banyak cabarannya! Namun 1 Syawal tetap disambut meri ah dengan pilihan warna biru sedondon suami isteri, tetap cantik.

Adira Suhaimi

Usia kehamilan Adira Suhaimi telah memasuki usia lima bulan pada bulan Mei ini. Difahamkan Adira dan suami yang bakal menimang cahaya mata ketiga pula kali ini.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: theasiaparent via erakini, menujukebenaran