”Beli Untuk 7 Tahun Tapi 70 Tahun Yang Naik…” – Ibu Bonda Rozita Buat Lawak Habis

Bonda Rozita Ibrahim adalah ibu kepada Aliff Syukri. Beliau lebih mesra dipanggil dengan panggilan Bonda. Beliau juga boleh tahan kelakar seperti anaknya Aliff Syukri.

Terbaru beliau memuatnaik video dimana beliau telah membeli sebuah kereta mainan yang boleh ‘control’ untuk budak umur 7 tahun tapi yang ibunya yang umur 70 tahun naik, memang kelakar habis la..

VIDEO:

 

Artikel Berkaitan “Pengasas Sendayu Tinggi Pernah Hidup Melarat Sebelum Berjaya Dalam Bisnes”

Satu ketika dahulu, kita sering mendengar tentang produk Sendayu Tinggi, baik melalui iklan mahupun melalui mulut orang. Produk ini sememangnya terkenal dan menjadi pilihan ramai orang sehinggalah sekarang.

Kini, Puan Rozita bergerak selangkah lagi, daripada Sendayu Tinggi dia melebarkan perniagaan dengan jenama baru iaitu Jamu Ratu Malaya. Puan Rozita berasal dari Sg.Besar, Selangor. Ayahnya seorang guru sekolah agama manakala ibunya seorang suri rumah.

Dia seorang pelajar yang pintar semasa dibangku sekolah namun tidak dapat menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana ibu dan ayahnya berpendapat yang wanita tidak perlu mendapat pendidikan yang tinggi. Lantaran itu, dia dikahwinkan dengan lelaki pilihan ibu dan ayahnya sejurus tamat SRP.

Dipaksa berkahwin pada usia 16 tahun bukanlah satu perkara yang menggembirakan buatnya. Menurut Puan Rozita, dia mengalami penderaan mental sejak kecil hinggalah setelah berkahwin.

Walaupun tidak rela untuk berkahwin namun dia terpaksa akur setelah mengalami pelbagai jenis tekanan. Dia pernah dikvrung dan pernah divgut untuk ditet4kkan parang.

Sudut pandang dan prinsip hidup yang berbeza dengan ibu bapa menyebabkan keinginannya sering tidak dipenuhi. Dia menjadi seorang yang penyedih sejak dari kecil.

Baginya hidupnya tidak pernah menyeronokkan dan dia sentiasa dikelilingi oleh orang yang bersifat negatif.

Perkahwinan paksa menyebabkan dirinya diselubungi dengan rasa benci. Benci dengan diri sendiri, bekas suami, dan ibu bapa yang memaksa dia berkahwin.

Walaupun itu satu perbuatan yang berdosa, tetapi hakikatnya dia sangat sedih kerana terpaksa hidup susah kerana keputusan orang dan tidak dapat mengubah nasib hidup sendiri.

Selalunya, menjadi seorang ibu adalah satu pengalaman yang menggembirakan namun sebaliknya bagi Rozita kerana dia tidak mempunyai wang untuk memberi makanan, tempat tinggal dan makanan yang elok kepada anak-anaknya.

Bahkan untuk membeli aiskrim juga dia mampu dan sekali sekala apabila dia berjaya membelinya, anak-anak berasa amat gembira ibarat mereka mendapat sesuatu yang amat mahal.

Ini adalah antara momen yang membuatkan hatinya berasa luluh. Hal ini membuatkan dia berasa sangat sakit hati kerana tidak dapat menyediakan kehidupan yang baik untuk anak-anaknya. Dia melahirkan anak sulungnya ketika berusia 17 tahun. Sepanjang perkahwinan, dia dikurniakan 5 orang anak.

Dia pernah melahirkan anak tanpa bidan, pernah meminta kain buruk daripada jiran untuk membalut bayinya, pernah memberi sirap kepada anaknya menggantikan susu dan tidak pernah balik ke rumahnya kerana tidak mahu menunjukkan dirinya hidup susah kepada ibu bapanya.

Malahan semasa hari raya, Rozita hanya mampu membeli baju raya lelong untuk anak-anaknya yang bernilai RM 0.50 sehelai. Rozita sudah mencuba sedaya upaya untuk menambah baik kehidupan mereka. Dia turut bertindak sebagai ketua keluarga dimana dia adalah sumber utama dan satu-satunya punca pendapatan keluarga.

Dia membuat banyak pekerjaan pada satu masa seperti menoreh di dalam hutan dan berniaga secara kecil-kecilan. Menyifatkan perkahwinannya ibarat penjara dimana tiada siapa yang mahu peduli dengan pendapatnya.

Dia mengambil keputusan untuk bercer4i dan sekali lagi dia dilanda dugaan apabila terpaksa menerima hukuman daripada Mahkamah Syariah dan menanggung segala kos guaman.

Selepas penc3raian, Rozita terpaksa bermula dari bawah. Bergelar janda pada usia yang muda tanpa kelulusan akademik yang tinggi menyukarkan dia untuk mancari pendapatan. Dia terpaksa mengikat perut dan berkira-kira untuk belanja makan.

Namun beliau tidak putus asa. Dia mengambil masa yang agak lama untuk mengubah ‘mindset’ daripada seorang yang penyedih kepada seorang yang sentiasa positif.

Daripada situ, dia mula memaafkan orang-orang yang pernah berlaku kejam terhadapnya. Dia mengubah pemikiran dan melihat yang sebaik-baik perancang dan tempat bergantung adalah kepada Allah SWT.

Dia akui yang jika bukan kerana rasa sakit hati dan kemeleretan hidup yang dia alami, sudah pasti dia tiada keazaman untuk berjaya hingga ke tahap ini.

Justeru, pencer4ian adalah jalan untuk dia keluar daripada kesusahan hidup dan peluang untuk memastikan yang anak-anaknya tidak mengalami nasib yang sama hanya kerana taraf pendidikan yang rendah.

Memilih untuk menceburkan diri dalam bidang bisnes bukanlah satu perkara yang mudah. Dia melakukan pelbagai kerja seperti bekerja di sebuah kilang pada waktu siang disamping menjadi kerani dan membuat jualan di syarikat beliau bekerja.

Hasilnya, berbekalkan wang modal RM400, Puan Rozita berjaya mengasaskan Sendayu Tinggi. Semasa bekerja sebagai pegawai penilai harta, dia berjumpa dengan ramai orang dan mengambil kesempatan ini untuk mempromosikan produk buatannya.

Rata-rata pelanggan memberikan respon yang bagus dan ini membuatkannya yakin untuk menceburi bidang perniagaan sepenuh masa. Dia membuat keputusan untuk menceburi bidang perniagaan kosmetik kerana dia sendiri suka melihat orang yang cantik dan suka jika dapat membantu orang lain untuk cantik.

Perkara yang paling sukar ketika awal penubuhan Sendayu Tinggi adalah modal. Namun beliau mengatakan yang dia bukan jenis yang meminta-minta. Untuk betul-betul meyakinkan pelanggan, dia rela menggemukkan badan dan kemudian makan sendiri produk yang dijual bagi membuktikan kepada orang ramai yang hasilnya memuaskan.

Dengan sambutan yang menggalakkan, dia menubuhkan Sendayu Tinggi Enterprise pada tahun 2000 di Plaza Majlis Perbandaran Klang. Prinsipnya dalam perniagaan adalah menggunakan pendekatan modal insan dan mengamalkan seperti sikap peramah dan jujur.

Beliau sendiri tidak suka menipu apatah lagi ditipu. Justeru, saya percaya dan yakin orang sekeliling terutamanya pelanggan Sendayu Tinggi tidak mahu rasa tertipu dan ini adalah sebahagian daripada tanggungjawabnya untuk memastikan pelanggan dilayan dengan baik dan betul.

Yang penting kita ada keyakinan diri, apa yang kita buat bagus dan jangan tipu. Dia percaya yang sebagai usahawan kita kena buat sesuatu secara ikhlas kerana Allah terutamanya dalam perniagaan.

Saya sering dikelililingi oleh orang-orang yang bersikap negatif dari kecil bahkan hingga sekarang. Jika sewaktu bekerja di Kuala Lumpur dahulu, salah seorang anaknya meningg4l duni4 kerana lem4s, ramai orang menyalahkannya dan mengatakan itu adalah balasan kerana dia meninggalkan suami dan anak-anak walhal dia berusaha mencari rezeki yang lebih baik untuk anak-anaknya.

Sewaktu dia sudah berjaya dengan bisnesnya, ada pihak yang cuba mensab0taj perniagaannya dengan mend4kwa produk yang mengandungi bahan yang berbahaya.

Itulah asas yang menjadikan Sendayu Tinggi bertahan dan berjaya ketika itu. Walaupun ada segelintir pihak mensabot4j untuk menjatuhkan saya dengan mengatakan bahan dan kandungan di dalam produk saya berb4haya. Setelah selesai dugaan tersebut, saya sedar saya banyak lagi berdepan dengan ujian yang lain.

Jika dahulu saya tidak dipandang kerana hidup melarat akan tetapi apabila saya hidup senang, ramai orang menghampiri namun hanya kerana saya mempunyai wang semata-mata. Sukar nak mencari orang yang betul-betul berniat baik.

Saya percaya di sebalik ujian besar yang di lalui sepanjang zaman kegemilangan Sendayu Tinggi, Allah mengetahui segalanya. Bagi saya, lebih besar perniagaan maka semakin banyaklah masalah dan ujian yang perlu saya harungi.

Namun indahnya di sebalik semua itu, Allah pulangkan kesabaran kala menempuh pelbagai ujian dan tohmahan itu dengan sesuatu yang sukar saya gambarkan. Janji Allah itu benar dalam membantu hamba-Nya. Saya tetap bersyukur walaupun ditimpa musibah, susah atau senang.

Nama Sendayu Tinggi itu sendiri bermaksud seni dayung tinggi. Puan Rozita menggambarkan seni itu adalah satu usaha mencari lubuk emas mengunakan kuasa minda separuh sedar. Dia mengibaratkan dirinya seperti orang yang berada dalam sebuah sampan yang berusaha keras untuk mencari rezeki dan sampai ke destinasi kejayaan.

Saya berpegang kepada kejujuran dan keikhlasan yang menjadi santapan rohani dalam urusan perniagaan dan kehidupan. Sendayu Tinggi yang bermula dari sebuah kedai sewa kini telah mempunyai kilang pemprosesan herba di Klang. Kilang ini telah memperoleh lesan Amalan Perkilangan Baik (GMP).

Jumlah pengedar Sendayu Tinggi lebih kurang 2,000 orang di seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan terbaru di Jepun, China, Taiwan dan Korea.

Di bawah Sendayu Tinggi Enterprise, dia telah menubuhkan Sendayu Tinggi Holdings Sdn. Bhd. dan mempunyai sembilan anak syarikat termasuk Sendayu Tinggi Corporation (M) Sdn. Bhd., Sendayu Tinggi Body & Skincare (M) Sdn. Bhd. dan Sendayu Tinggi Cosmetics & Fragrances (M) Sdn. Bhd.

Puan Rozita telah memenangi pelbagai anugerah sepanjang penglibatannya dalam bisnes sehingga kini.

Sumber; majalahniaga / cokelatputih.com

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

SUMBER: Instagram @bondarozitaibrahim via @BeritaSteady