“Hebat Mak Esah Kau…” – Shakilla Khoriri Kongsi Kisah Awal Perkenalan Dengan Suami

0
503

Pelakon Shakilla Khoriri mengakui kagum dengan sikap yang ditunjukkan oleh suaminya, Fizi Ali sejak daripada awal perkenalan mereka.

Menurusi entri di Instagram (IG) Shakilla, kisah perkenalan mereka bermula sejak tahun 2014 sehingga sekarang.

“Gambar ni diambil oleh Mak aku pada tahun 2014. Pertama kali terima bunga dari lelaki ni yang aku betul dah terima dia sebagai kekasih ketika itu.

“Masa bercinta semua manis. Serious semuanya manis. Mungkin segala warna sebenar masing-masing belum terlihat. Nampak ayat bahasa aku.

“Tak pernah terfikir dia akan jadi suami dan bapak pada anak aku hari ni. To be honest, masa ni bercinta untuk mengisi kekosongan hati yang dah lama kosong dan tawar dengan kaum lelaki ni.

“Yang lepas-lepas semua hampeh. Kalau ada ex aku yang baca ni, semoga awak-awak jadi lelaki atau suami yang baik hari ni.

“Lelaki ni nampak macam begong-bengong pada aku ketika itu dan mungkin sekarang. (oh Ampunkan aku suami). Tapi deep inside him ada super power yang buat hati batu aku mencair macam ice cream. Hebat mak esah kau Fizi.

“Aku sebenarnya nak cakap, tak semua apa yang kita rancang dulu atau sekarang kita akan capai atau dapat. Aku punya perancangan dulu jauh dari apa yang berlaku sekarang.

“Tapi kau percaya pada aturan Allah yang tak pernah silap untuk kita semua. Percaya atau tak. Pendosa atau tidak. Baik atau jahat. Allah atur jalan kau sebaiknya,” tulisnya.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#💋• . Gambar ni diambil oleh Mak aku pada tahun 2014. . Pertama kali terima bunga dari lelaki ni yang aku betul dah terima dia sebagai kekasih ketika ITU. . Masa bercinta semua manis. Serious semuanya manis. Mungkin segala warna sebenar masing2 belum terlihat. Nampak ayat bahasa aku 🤣 . . Tak pernah terfikir dia akan jadi suami dan bapak pada anak aku hari ni. To be honest, masa ni bercinta untuk mengisi kekosongan hati yang dah lama kosong dan tawar dengan kaum lelaki ni. Yang lepas2 semua hampeh. Kalau ada ex aku yang baca ni, semoga awak2 jadi lelaki / suami yang baik hari ni. . . Lelaki ni nampak macam begong2 pada aku ketika itu dan mungkin sekarang. (oh Ampunkan aku suami ) 🙏🏻 . . Tapi deep inside him ada super power yang buat hati batu aku mencair macam ice cream. Hebat mak esah kau Fizi. 🙏🏻 . . Aku sebenarnya nak cakap, tak semua apa yang kita rancang dulu atau sekarang kita akan capai atau dapat. Aku punya perancangan dulu jauh dari apa yang berlaku sekarang. . Tapi kau percaya pada aturan Allah yang tak pernah silap untuk kita semua. Percaya atau tak. Pendosa atau tidak. Baik atau jahat. Allah atur jalan kau sebaiknya. . . Rupanya berkahwin lebih manis dari bercinta kalau kena GAYA. Ikut patern pasangan masing2. Kalau kau jenis nak pelihara hubungan, kau sama2 aku rasa bahagia. . . Tapi bila hati salah sorang tu berubah atau beralih, kau jangan sedih. Kau fikir. Tak semua jalan yang baik akan kekal. Kadang akan terhenti kebahagian atas alasan tertentu yang pastinya aturan Allah ada rahsia tersembunyi untuk kita semua hamba DIA. . Kau menangis seharian takpa. Tapi esok mula langkah baru. Kehidupan terlalu singkat untuk tangisi keperitan hati. Percaya yang kau layak dengan satu kehidupan baru yang lebih baik dari sekarang yang Allah rahsiakan pada kau untuk masa akan datang. . . Ya , pasti akan ada yang kata, kau boleh cakap, sebab tak kena batang hidung. Betul. Aku tak tahu apa RASA dia. Dan sebab itu lah aku menulis ayat ni untuk AKU. Bukan pada orang lain. . . Aku pendosa. Tapi Allah bagi aku sesuatu yang sampai hari ni aku rasa aku masih tak layak 🙁 . . Terima Kasih Allah. Terima Kasih Fizi & Ameena ❤️

Siaran dikongsi oleh SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri) pada

Tambah Shakilla, dia turut menasihati pengikutnya supaya tidak berseduh jika gagal dalam sesebuah perhubungan sebaliknya percaya pada takdir yang sudah ditentukan.

“Rupanya berkahwin lebih manis dari bercinta kalau kena GAYA. Ikut pattern pasangan masing-masing. Kalau kau jenis nak pelihara hubungan, kau sama-sama aku rasa bahagia.

“Tapi bila hati salah sorang tu berubah atau beralih, kau jangan sedih. Kau fikir. Tak semua jalan yang baik akan kekal. Kadang akan terhenti kebahagian atas alasan tertentu yang pastinya aturan Allah ada rahsia tersembunyi untuk kita semua hamba DIA.

“Kau menangis seharian takpa. Tapi esok mula langkah baru. Kehidupan terlalu singkat untuk tangisi keperitan hati. Percaya yang kau layak dengan satu kehidupan baru yang lebih baik dari sekarang yang Allah rahsiakan pada kau untuk masa akan datang.

“Ya , pasti akan ada yang kata, kau boleh cakap, sebab tak kena batang hidung. Betul. Aku tak tahu apa RASA dia dan sebab itu lah aku menulis ayat ni untuk aku. Bukan pada orang lain. Aku pendosa.

“Tapi Allah bagi aku sesuatu yang sampai hari ni aku rasa aku masih tak layak. Terima Kasih Allah. Terima Kasih Fizi dan Ameena,” tulisnya.

Shakilla dan Fizi mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan dikurniakan seorang anak bernama Ameena Sofia.

Sumber: Gempak 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here