“Ehh Kenapa Yusuf Kecik Balik Ni….” – Alhamdulillah Hanis Zalikha Selamat Bersalin, Comel Je Nama Baby..

Pelakon Hanis Zalikha telah selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah pusat perubatan ibu kota pada pukul 5.59 petang Jumaat.

Perkara itu diumumkan Hairul menerusi akaun Instagramnya lewat petang tadi.

“Assalamualaikum saya dengan penuh rasa kesyukuran ingin berkongsi berita gembira.

“Di bulan Ramadan ini isteri saya Hanis selamat melahirkan cahaya mata perempuan kami, Alisa Aisyah Binti Hairul Azreen petang tadi 5.59 petang.

“Dua-dua anak Daddy lahir hari Jumaat,” tulis Hairul yang turut berkongsi wajah puterinya.

Perkongsian itu dihujani ucapan tahniah dan doa daripada rakan selebriti dan peminat.

Muka macam yusuf je,…

Alhamdulillah, tahniah…

Wahh sebijik muka abang lah…

Sementara itu, sebuah akaun Instagram rasmi @thealisaaisyah turut dicipta khas buat anak kedua mereka.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata Yusuf Iskandar.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: IG @hairulazreen via Gempak