Hampa beli carpet online tak macam dalam gambar. Sekali dapat cinonet je.

Masyarakat kini lebih gemar membeli barangan secara online – lebih mudah dan selesa kerana dapat melakukannya di rumah.

Bagaimanapun, tidak bermakna tiada risiko dari online shopping ini… Anda mungkin tidak menerima barangan yang dibeli; atau mungkin barangan yang dibeli tidak sama dengan apa yang dipesan. Berbeza dengan kedai-kedai di shopping mall, di mana anda boleh mendapat refund atau mengganti barangan yang telah dibeli.

Membeli barangan secara online, perlu dibaca spefisikasi dan maklumat barangan tersebut dengan terperinci kerana sudah banyak kali berlaku kes di mana pelanggan berasa kesal apabila menerima barangan yang di luar jangkaan.

Namun dalam kes terbaru ini, pelanggan mendakwa penjual langsung tidak menyatakan saiz barangan tersebut dan ditambah pula harganya sama seperti harga saiz karpet biasa. OH Lazada.

Selalu geli hati tengok kat news feed orang order dapat barang kecil dari expectations. Now turn I olls pula. Baru teringat ada order carpet untuk living room. Then malam tadi sambil buka bungkusan di kedai, sambil membebel dekat Rara.

Hampa beli carpet online tak macam dalam gambar. Sekali dapat cinonet je.

Iklan punya cantik

Hampa beli carpet online tak macam dalam gambar. Sekali dapat cinonet je.

“Ni mama beli carpet baru, Rara jangan tumpahkan susu tau bla.. bla.. bla..”

Sekali bila dibuka, hahaha halamak! Besar tikar Alakazam je. Hahaha! Apa lagi, sedaplah dak dalam gambar itu membahankan kita. Gambar iklan memang selalu buat kita confuse. Then dia tulis situ ‘large living room carpet’. Pandai diorang confusekan kita.

Hampa beli carpet online tak macam dalam gambar. Sekali dapat cinonet je.

Hari itu langsung tak teringat nak check ukuran, terus add cart and checkout saja. hari ini bila check balik, tengok memang tak ada details measurement. Sebab tengok harga sama seperti harga carpet besar kot, RM150+, include shipping.

Sekali dapat, cinonet je. Paha Pak Rara nak landing pun tak lepas. Alaaa kasim, Lazada pun banyak scammer. So berhati-hatilah iolls membeli selepas ini. I share sebab rasa lucu dan kelakar tengok perangai husband kita yang kuat membahan. Bukan pasal masalah carpet ini yang utama.

Hampa beli carpet online tak macam dalam gambar. Sekali dapat cinonet je.

Kena bahan

Hampa beli carpet online tak macam dalam gambar. Sekali dapat cinonet je.

Selalu juga membeli barang dari Lazada dan ini pertama kali dapat begini. Alhamdulillah sebelum ini okey saja. Di bahagian details pun tak ada measurement. Plus price dia pun untuk harga carpet saiz standard.

Masa ini kita ada order banyak barang, lebih 20 item termasuk perabot.

So, memang terlepas pandang carpet ini. Kita manusia biasa kadang-kadang memang terlepas pandang. So, jangan serius sangat okey. Dah report dan submit refund form, tengah menunggu respond dari pihak Lazada. hahaha taktahu nak menangis ke gelak

Biasanya, jika situasi sedemikian berlaku, anda harus terus menghubungi penjual atau market website tersebut (seperti Lazada, eBay atau Amazon). Tapi, sekiranya langkah ini gagal, bolehkah anda boleh mengambil tindakan undang-undang?

Pertamanya, apakah masalah dalam pesanan anda?

Tindakan yang akan diambil bergantung kepada situasi anda. Terdapat tiga keadaan yang biasa terjadi dalam hal ini:

JIKA BARANGAN YANG DIBELI TIDAK SAMPAI KEPADA ANDA ATAU BARANGAN YANG DITERIMA TIDAK SESUAI DENGAN YANG DIPESAN:

Hampa beli carpet online tak macam dalam gambar. Sekali dapat cinonet je.

Mangsa membeli iPhone secara online tetapi sebaliknya menerima mangga kunci

Pertama sekali, anda dinasihatkan supaya menghubungi penjual berkenaan. Biasanya mereka akan membantu menyelesaikan masalah anda dengan memulangkan wang anda (refund) atau mengganti barang tersebut. Membawa kes ke mahkamah sebaiknya menjadi cara terakhir.

Beberapa perkara yang anda perlu tahu jikalau kes di bawah ke mahkamah:-

Transaksi jual beli yang berlaku adalah dinamakan kontrak. Dengan kata lain, ia adalah suatu perjanjian yang dikuatkuasa oleh mahkamah. Aturannya adalah sama untuk pembelian barangan secara online maupun offline.

Jadi, sekiranya penjual bersetuju menerima wang anda sewaktu melakukan pembayaran, telah terjadinya suatu kontrak di situ berdasarkan Seksyen 10 Akta Kontrak 1950

“Semua perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan bebas pihak-pihak yang layak membuat kontrak, untuk sesuatu balasan yang sah, dan dengan sesuatu tujuan yang sah; dan tidak ditetapkan dengan nyata di bawah peruntukan Ordinan ini bahawa ianya batal”

Dengan itu, anda sebagai pembeli harus membayar sesuai dengan harga yang ditetapkan manakala penjual pula mempunyai peranan memberi barangan kepada anda setelah menerima bayaran. Penjual dikatakan telah melanggar kontrak jika anda tidak menerima barangan yang dibeli ataupun barangan tersebut tidak berada dalam keadaan sempurna / rosak.

Anda masih mempunyai cara lain, sekiranya k3s terlalu kecil untuk dibawa ke mahkamah

Menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK):

– Menyuarakan aduan ke Bahagian Pengurusan Pengguna supaya siasatan boleh dijalankan

– Menyalurkan k3s anda ke Tribunal Tuntutan Pengguna

Tribunal Tuntutan Pengguna adalah suatu badan bebas yang ditubuhkan melalui Akta Perlindungan Pengguna 1999 – boleh dikatakan sebagai “mahkamah peribadi” atau alternatif kepada makhamah sivil. Cara ini lebih berpatutan dan cepat jika nilai tuntutan anda kurang daripada RM25,000, di mana tidak boleh ada penglibatan peguam dari kedua-dua pihak.

Terakhir sekali, anda harus juga membuat laporan polis, di mana boleh dijadikan bahan bukti di mahkamah maupun dengan Tribunal Tuntutan Pengguna. Pihak polis akan menjalankan siasatan dan mengenakan tindakan kepada penjual di bawah Seksyen 5 Akta Perihal Dagangan yang menyatakan l4r4ngan perihal dagangan palsu.

Walaubagaimanapun, harus diingatkan bahawa sesi online shopping yang kurang memuaskan dikira sebagai masalah awam, dan pihak polis mungkin tidak boleh (atau tidak akan) mengambil tindakan bergantung kepada keadaan.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Thereporter via Theklasik