Hajat TMJ tidak kesampaian

KUALA LUMPUR: Pasukan Johor Darul Tazim (JDT)-Tunku Mahkota Johor (TMJ) kehilangan khidmat legenda Brazil, Ronaldo bagi aksi persahabatan amal JDT All-Stars yang akan berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin. 

Perkembangan itu disahkan oleh pemiliknya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi laman sosial Johor S0uthern Tigers dan menjelaskan bekas penggempur Real Madrid itu tidak dapat bersama pasukannya susulan memiliki komitmen lain.

Ini hari yang bersejarah di Larkin kerana kita ada 12 legenda bola sepak dunia dan enam pemenang Piala Dunia yang akan beraksi bagi perlawanan amal ini.

Cuma sedikit perubahan adalah kita ada David Trezeguet yang akan menggantikan tempat Ronaldo. Trezeguet juga bukanlah pemain yang calang-calang kerana dia diundi sebagai kesebelasan terbaik sepanjang zaman Juventus dan juga pemenang Piala Dunia.

Jadi saya teruja untuk bersama pemain leg3nda ini bagi perlawanan esok dan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sumbangan kepada yayasan yang terbabit dengan perlawanan ini, katanya.

Pasukan JDT-TMJ yang dibarisi pemain leg3nda antaranya Robert Pires, Claude Makelele dan Esteban Cambiasso akan men3ntang pasukan JDT-Rest of The World yang dibarisi antaranya Louis Saha, Bebeto dan Claudio Caniggia.

Dalam masa sama, Tunku Ismail turut mengumumkan satu majjlis penuh gemilang bagi menyambut kejayaan skuad Harim@u Selatan merangkul kejuaraan Liga Super buat kali keenam berturut-turut akan dilangsungkan pada 19 Julai ini.

Kami akan ada sambutan besar-besaran di Seri Gelam dan Larkin di mana kami akan menjulang Piala Liga Super buat kali keenam. Saya akan buat sesuatu yang berbeza sebagai hadiah kepada penyokong JDT.

Saya mewakili pasukan ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua, katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber :  JOHOR Southern Tigers via Ayam TV