Terkejut Hairul Azreen Bila Bintang Filem Ip Man Donnie Yen Tiba Tiba Komen. Apa Donnie Yen Cakap Buat Hairul Teruja

Kehadiran pelakon popular Donnie Yen ke Malaysia semalam bukan saja disambut oleh peminatnya, malah ia turut dihadiri oleh pengarah serta pelakon utama filem Wira iaitu Adrian Teh dan Hairul Azreen.

Keterujaan mereka menghadiri majlis pelancaran filem Ip Man 4: The Finale di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) semalam turut dikongsi menerusi satu posting di Instagram Hairul.

Malah, kedua-duanya turut berkesempatan untuk bergambar bersama pelakon lagenda tersebut.

“Terima kasih @donnieyenofficial saya sangat berbesar hati dapat berjumpa satu daripada bintang aksi terhebat dunia. Sangat merendah diri,

“Saya membesar dengan filem Donnie dan sekarang masih tidak percaya dapat berdiri bersebelahan dengannya. Siapa tahu satu hati nanti saya boleh berada sebelah dia dalam satu filem pula,” katanya.

Tambah manis, posting tersebut bukan saja mendapat perhatian bintang Hong Kong berkenaan, malah Donnie turut membalas komen.

“Terima kasih datang dan beri sokongan. Harap anda sukakan filem Ip Man4.

“Harap dapat berkerjasama juga, mungkin satu hari nanti,” katanya.

Komen berkenaan sekali gus mencetuskan rasa teruja bukan saja pada Hairul, malah peminat dan pengikut Instagramnya!

Anda boleh lihat komen ‘berharga’ daripada Donnie itu di bawah.

Untuk makluman, kehadiran Donnie ke Malaysia adalah untuk mempromosikan filem kung fu terakhirnya, Ip Man 4: The Finale.

Jelas Donnie, keputusan tersebut dibuat kerana dia sudah terlalu lama berlakon dalam filem kung fu dan sudah tiba masanya memberi ruang kepada pelakon pelapis yang lebih muda.

Sementara itu pada yang belum menonton Wira, anda boleh la ke pawagam sekarang kerana filem itu sedang ‘hangat’ ditayangkan.

Untuk rekod, Untuk rekod, Wira berkisarkan mengenai kisah seorang bekas tentera, Hassan yang dahulunya melarikan diri akibat tidak tahan dikawal tetapi kembali ke pangkuan keluarga untuk membela nasib mereka.

Biarpun nekad untuk tidak lagi berlawan, Hassan walaubagaimanapun terpaksa bertarung demi melangsaikan hutang adiknya.

Sumber : GEMPAK DOT COM