[VIDEO] Gelagat Adik-Beradik Guerrero Menari Lagu Kill This Love Mencuit Hati, #SiblingsGoals!

Adik-beradik Guerrero yang terkenal dengan video tarian mereka sekali lagi menarik perhatian netizen dengan gelagat terbaru mereka menerusi lagi BLACKPINK, Kill This Love.

Selain Niana dan abangnya, Ranz Kyle, aksi mereka yang dirakam di dalam kereta itu turut disertai oleh adik Naina, Natalia yang baru berusia lima tahun.

Pandai meniru aksi dan tarian BLACKPINK, ketiga-ketiga gelagat mereka terutamanya Natalia sangat mencuit hati.

Walaupun Natalia masih lagi kecil, dia nampaknya sudah pandai menari. Aduh, memang #SiblingsGoals betul tiga beradik ini.

Sebelum Kill This Love, mereka turut popular dengan video tarian lagu Taki-Taki, Despacito dan Please Me daripada nyanyian Bruno Mars.

Baru sahaja dimuat naik di dalam laman Facebook Niana Guerrero, video ini telah mendapat hampir 400,000 perkongsian dengan 41 juta tontonan setakat ini.

Komen netizen;

Stan balckpink hahah…

You guys are amazing…

Comel nak mampoihhh adik dia..

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

SUMBER: Gempak via AkuOkay