“Gebu anak perempuan aku”- Shaheizy Sam, Syatilla timang anak perempuan

PELAKON Syatilla Melvin selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada pukul 9.15 pagi Rabu.

Berita gembira itu dikongsikan oleh suaminya iaitu aktor Shaheizy Sam di laman sosial Instagram.

“Kami tidak lagi bertiga. Alhamdulillah dan terima kasih semua,” ujarnya.

Sementara itu, pelakon drama Sha dan Shah turut meluahkan rasa syukur apabila bayi yang dilahirkan itu sihat.

Dia juga berterima kasih kepada suaminya yang sentiasa berada di sisi sepanjang proses bersalin.

“Alhamdulillah baby girl kami dan keluar sihat gebu anak perempuan aku. Tadi sempat buat tutorial make up dalam bilik pembedahan. Terima kasih sayangku Sezzy Seng sentiasa di sisi,” ujarnya.

Pasangan ini berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki iaitu Syeriv Samheizy yang kini berusia 2 tahun.

Komen netizen:

woww mudahnya kak tilla beranak.. Tahniahh kak @samtilla ,tak sabar nk tngok baby girl.. Mesti comel ikot abg dia @syerivsamheizy jugak ni. 😘😘 selamt berpantang kakakk. 💖😘

orang bukan pertikaikan..orang tanya kot..cuba fikir positif..mungkin dia ada pengalaman anak first czer…n takut anak kedua pun czer…pernah alami dak czer tu mcm mna??…bukan org pertikai

nak bersalin pun cantik 😍. aku dlm labour room dah serupa ape dah dgn rmbut serabai muka tk pyh ckp laa sbb dri tgh mlm dok tahan contraction

Artikel berkaitan: Syatilla Melvin hamil anak kedua selepas gugur Julai lalu

JIKA kakak iparnya iaitu pelakon Zizie Ezette mengumumkan hamil anak ketiga, pelakon Syatilla Melvin juga mempunyai berita gembira apabila dia kini sedang hamil anak kedua yang sudah memasuki dua bulan.

Syatilla, 26, berkata dia dan suaminya, Shaheizy Sam tidak menjangka kehamilan secepat ini memandangkan dia pernah mengalami keguguran pada Julai lalu.

“Kandungan saya sudah memasuki dua bulan. Alhamdulillah ini adalah rezeki Allah. Ye la, sebelum ini kan saya pernah keguguran.

“Memang saya dan Sam tak jangka pun akan secepat ini lekat. Tapi sudah rezeki kami berdua,” kata Syatilla kepada mStar Online.

Pemilik nama Siti Nur Syatilla Amirol Melvin ini turut berkongsi berita gembira itu di laman sosialnya dengan memuat naik foto imbasan ultrabunyi.

Menurut Syatilla, kehamilan itu merupakan hadiah hari kelahiran buat suaminya yang ke 36 tahun, disambut pada Selasa.

“Alhamdulillah tak putus rezeki Allah bagi. Ada hikmah bulan lepas Tilla gugur sebab mungkin Allah nak bagi hadiah hari jadi kat baby besar ni.

“Hari lahir laki ku (suami). Sama-sama doakan kami supaya baby ni sihat sampai keluar tengok dunia nanti. Amin ya rab,” katanya.

Rata-rata pengikut di laman sosialnya mengucapkan tahniah kepada pasangan itu dan mendoakan agar kandungannya dalam keadaan baik.

Sebelum ini, Syatilla pernah meluahkan rasa kecewa apabila hasrat untuk menimang cahaya mata kedua tidak kesampaian apabila dia mengalami keguguran.

Pelakon drama bersiri Sha dan Shah yang hamil enam minggu ketika itu mengalami pendarahan yang teruk selepas melakukan kerja rumah.

Untuk rekod, Syatilla pernah mengalami keguguran sebelum dia mengandungkan anak sulungnya, Syeriv Samheizy.

Bagaimanapun, rezekinya untuk menimang cahaya mata dipermudahkan apabila disahkan hamil sebulan kemudian.

Shaheizy dan Syatilla berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki pada 9 Mei 2017.

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Memorikini