Fizo Omar Dedah Pernah Kongsi Telur Dengan Kamal Adli

Pelakon Fizo Omar berkongsi pengalaman kesukaran memulakan hidup dalam industri seni bersama rakannya, Kamal Adli.

Menerusi perkongsian terbaharu dalam laman Instagram miliknya, Fizo memberitahu mereka banyak berkongsi suatu ketika dahulu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Life is 10% what happens to u, and 90% is how u react to it. . – Charles R. Swindoll

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on

“Mengenali Kamal Adli pada tahun 2007 di pentas Hero Remaja. Ketika itu pasukan bola saya dibubarkan dan saya mengalami masalah kewangan. Saya tidak tahu hendak buat apa untuk terus hidup di Kuala Lumpur.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Daddy bawa assistant dtg office hari ni!

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on

“Banyak cerita bersama Kamal. Zaman tiada duit, telur goreng sebiji pun boleh potong dua. Janji sama-sama boleh merasa. Kami pergi uji bakat lakonan menaiki motor skuter atau atau berkongsi duit naik kereta Kancil yang pernah jadi kebanggaan saya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

“Success is not the key to happiness. Happiness is the key to success. If you love what you are doing, you will be successful.” – Albert Schweitzer

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on

“Baju dan seluar memang kongsi. Apa yang boleh kongsi dan jimat duit. Perkara yang tidak boleh saya lupa ialah potong rambut Kamal dalam tandas. Tidak tahu gaya apa. Boleh tahan handsome sebab dia menang nombor satu dan saya nombor dua.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kenal mamat ni masa 2007 dkat stage hero remaja 2007/2008.masa tu aku stuck main bola n team aku bubar sbb ada masalah financial.so xtau nak buat ape nak servive kat KL tu, sekali member hntr gmbr srh try msk contest hero remaja.masa tu aku mmg kg.com la.ckp KL pun bersepah bau budu.duit plak ckp2 makan je.lari bajet ckit cnfrm ikat perut. . Aku ngn kamal ni byk cerita sbnrnya.ye la zaman xde duit telur goreng sebiji pun boleh potong 2 janji sama2 blh merasa.igt lagi masa tgh g casting cari job.ke hulu ke hilir naik scooter je tak pun tong tong duit minyak naik kereta perodua kanccc aku yg pernah jd kebanggaan aku tu. . Baju seluar xpyah ckp la memang share2 je, melainkan boxer la.ape yg blh share jimat duit on jer.. . Benda yg paling aku igt.mlm sebelum final, mencangkung dlm tandas aku potong rambut dia, nntah ape pesyen pun aku xtau bedal je jnji pendek.boleh tahan hensem la sbb dia menang no 1 n aku no 2. . Bdk kelantan n bdk pahang bru msk industri.alhmdllh job sana sni berlakon model emcee semua sebat jnji halal. . Lately ni aku slow skit bidang glemer ni sbb focus bisnes n aku sambung belajar insyallah target aku smpai ke PHD.teringin jugak tgk kwn baik aku ni jd hero pujaan ramai.tp rezeki Allah tu dia bg ape yg sesuai dgn kita sebenarnya.aku bangga ngn ko bro very komited shngga ko berjaya skng.bantu fmly smua. . Btw rindu plak zaman berlakon cter bionik ngn mamat ni. @kamaladli . Sape igt cter bionik dulu?

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on

“Budak Kelantan dan budak Pahang baru masuk industri. Syukur tawaran berlakon, model dan pengacara semuanya kami terima asalkan halal.

“Kebelakangan ini saya perlahan sedikit dalam bidang glamor sebab fokus pada perniagaan dan sambung belajar.

“Teringin tengok kawan baik saya ini jadi hero pujaan ramai, tetapi rezeki Allah beri apa yang sesuai dengan kita sebenarnya.

“Kau begitu komited sehingga berjaya sekarang membantu keluarga,” tulis Fizo pada ruangan kapsyen gambar dia bersama Kamal.

Entri itu juga mendapat respon Norman Hakim yang merupakan senior mereka dalam pertandingan Hero Remaja.

“Ketika pertandingan akhir Hero Remaja, sayalah yang menjadi ketua juri. Pening kepada nak pilih pemenang. Kamal akhirnya menang dengan kelebihan satu mata.

“Kedudukan tidak penting. Apa yang lebih utama adalah sumbangan kepada masyarakat. Tahniah anda berdua,” tulis Norman.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : MHE TV