Siti Nordiana Akan Berkahwin. Fikry Ibrahim Tampil Beri Kenyataan Tentang Apa Sebenar Terjadi

PELAKON Fikry Ibrahim menafikan dakwaan dia sudah menghantar rombongan merisik dan bakal berkahwin dengan penyanyi Siti Nordiana atau Nana pada tahun hadapan.

Bagaimanapun, Fikry atau nama sebenarnya Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 25, berkata dia ada perancangan untuk mengakhiri zaman bujang dalam tempoh dua tahun akan datang.

“Saya tak tahu macam mana boleh timbulnya gosip saya dah hantar rombongan merisik dan bakal kahwin dengan Nana pada tahun depan.

“Merisik dan bakal berkahwin itu memang tidak benar. Tahun hadapan saya akan sibuk sebab nak fokus pada kerjaya dan perniagaan sahaja.

“Saya memang akan berkahwin tapi sasaran saya untuk tamatkan zaman bujang itu pada tahun 2021 atau 2022,” kata Fikry ketika dihubungi mStar pada Isnin.

Fikry diminta mengulas mengenai sebuah artikel di ruangan gosip yang mendakwa dia dan penyanyi lagu Hatiku Milikmu ini bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun depan.

Ruangan gosip yang mendakwa pasangan ini bakal kahwin pada 2020.

Malah, pelakon drama Rindu Yang Terlarang ini juga dikatakan sudah menghantar cincin merisik kepada Siti Nordiana secara senyap

Dalam pada itu, Fikry memberitahu dia mengambil gosip tersebut secara positif selagi perkara itu tidak menimbulkan fitnah yang menjejaskan nama mereka.

“Saya okey saja dan tak ada masalah pun nak layan gosip sebegini. Asalkan ia tidak melampaui batas sehingga boleh menimbulkan fitnah.

“Selagi gosip itu ke arah positif dan bukan sesuatu yang mencemarkan nama saya serta mana-mana pihak, saya okey.

“Kita pun tak boleh nak kawal apa yang orang nak perkatakan. Lumrah menjadi seorang selebriti akan berhadapan dengan gosip cinta,” ujarnya.

Fikry dan Nana mula berkawan rapat semenjak menjadi pengacara bersama program Gema Gegar Vaganza dan digandingkan menerusi drama Cakelat Semanis Honey pada 2017.

Namun, masing-masing menegaskan hubungan itu hanyalah atas dasar kerja sahaja dan tiada wujud cinta lokasi antara mereka.

Pada Mac lalu, gurauan Fikry ingin menjadi bapa kepada anak Nana iaitu Rayyan menerusi ruang komen Instagramnya turut menarik perhatian netizen.

Sumber : MSTAR ONLINE

Be the first to comment on "Siti Nordiana Akan Berkahwin. Fikry Ibrahim Tampil Beri Kenyataan Tentang Apa Sebenar Terjadi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*