Fendy dan Nadira (Caliph Buskers) bercer4i dua tahun lalu – “Sudah tiba masanya kami cari kebahagiaan masing-masing”

TIADA angin tiada ribut, ahli kumpulan Caliph Busker iaitu Fendy Adlun dan Nadira Rubina mendedahkan mereka sudah berpisah sejak dua tahun lalu.

Menurut Fendy, dia memilih untuk merahsiakan perkara itu kerana tidak mahu masalah peribadi itu dicampur aduk dengan kerjaya mereka.

“Bukan sengaja nak rahsiakan perkara ini. Kami masuk industri bukan dirancang dan tidak jangka pun akan menjadi artis.

Fendy mendedahkan perkara tersebut di Instagramnya.

“Bila dah jadi artis ini, kami jalani kehidupan dengan hati terbuka kerana ia rezeki sebab itu tak nak campurkan masalah peribadi dengan kerja.

“Apabila terjadinya perpisahan dua tahun lalu, kami berdua bersepakat untuk tidak memberitahu kepada umum kerana kami berfikiran ketika itu perkara terlalu peribadi.

“Jadi, tidak perlu diceritakan kepada orang lain sebab tujuan kami masuk dalam industri ini pun untuk mencari kerja dan rezeki,” katanya kepada mStar.

Fendy yang juga pemain dram kumpulan itu memuat naik pendedahan tersebut di Instagramnya pada Ahad.

 

Lagipun dia mungkin sudah ada pengganti dan saya juga mungkin ada orang lain.

FENDY ADLUN

PEMAIN DRAM CALIPH BUSKERS

 

Pasangan ini berkahwin pada 3 Mei 2014 dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Nurazalea Zafirah yang kini berusia lima tahun.

Dalam pada itu, Fendy memberitahu sudah tiba waktunya untuk berkongsi mengenai perpisahan tersebut memandangkan masing-masing sudah mempunyai kehidupan baru.

“Sudah tiba masa, kena terima hakikat masing-masing perlu cari kebahagiaan dan jalani kehidupan berbeza. Lagipun dia mungkin sudah ada pengganti dan saya juga mungkin ada orang lain.

Lagipun dia mungkin sudah ada pengganti dan saya juga mungkin ada orang lain.

“Bila kami keluar dengan orang lain, takut jatuh fitn4h pula sebab orang masih ingat kami suami isteri. Benda itu akan menjadi satu isu besar dan orang mengata kami cur4ng.

“Jadi, sekarang masa yang sesuai dan cukuplah untuk kami simpan rahsia ini supaya tidak timbul sebarang fitn4h yang bukan-bukan,” ujarnya.

Selain Fendy dan Nadira, Caliph Buskers dianggotai oleh Azmi Saat, Zaki Ismail dan Nirwan Zainalabidin.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber  : Mstar