Kec0h Fasal Status FB Isteri Lan Solo, Dedah Wanita Yang Mahu Tumpang Kasih Sayang!

Aduhai… kebelakangan ini, ada sahaja cerita mengenai hal melibatkan rumah tangga di kalangan selebriti tempatan kita. Malah, ada kes sampai melibatkan anak bini artis yang bukan bergelar selebriti dalam industri.

Terkini, status isteri kepada Lan Solo, Sheila Razlan yang dimuat naik hampir seminggu lalu di laman Facebook (FB) mengundang spekulasi ramai.

Bahkan ada yang memberi kritikan pedas terhadap Sheila kerana dikatakan, dia seakan menyokong poligami.

Menerusi status tersebut, ibu kepada empat cahaya mata ini hanya berseloroh dengan memuat naik sekeping gambar daripada seorang wanita yang mahu menumpang kasih di samping Lan.

“Kita SHARE di media sosial je ye…x mau share smpi oversea tau..hahaha…But,KALAU jodoh.. kene syg anak2 kami yg 4 ni okay..,” tulisnya sambil meminta netizen supaya tidak memandang posting yang dimuat naik itu sebagai suatu hal serius.

Bagaimanapun, situasi menjadi berbeza apabila ada di antara pengikut Sheila yang mengkritik status berkenaan yang dikatakan cenderung menyokong poligami yang sekali gus boleh menghiris perasaan kaum sendiri.

Diminta mengulas mengenai perkara itu, Sheila ketika ditemubual MH mengakui ada menerima kiriman tersebut daripada seorang wanita tidak dikenali menerusi media sosial miliknya.

“Sebenarnya, kes sedemikian sudah lama saya terima lebih-lebih lagi ketika Lan masih bersaing di Gegar Vaganza lalu. Tapi saya okay sahaja kerana komen atau pun mesej yang diberikan hanyalah ‘biasa-biasa’. Tapi yang saya muat naik tu merupakan antara yang ekstrem hingga menyebabkan saya terfikir untuk post di laman sosial saya. Dia mesej saya minggu lalu.“Niat saya hanyalah untuk bergurau sahaja, tapi tidak sangka ada yang persoalkan status saya tu. Saya tidak menyokong poligami, tetapi kalau sudah tertulis saya kenalah reda.“Cuma itulah kalau nak terima suami saya, kenalah sayang kami dan empat anak-anak dia ni,” katanya jujur.

Sementara itu, Sheila  yang baru sahaja melahirkan cahaya mata keempat pada 24 Februari lalu mempunyai persepsi sendiri mengenai isu poligami.

Jelasnya, poligami itu akan jadi indah dan harmoni sekiranya setiap pasangan bersikap adil dan bertolak ansur.

“Ada je orang yang kahwin lebih daripada seorang yang indah hidupnya. Namun kalau diberi pilihan mestilah saya tak mahu. Better dont,”tegasnya.

Dalam perkembangan lain, suaminya bakal muncul menerusi single terbaru berjudul Berpisah Tanpa Rela yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sumber