Akhirnya Kecewa Erra Fazira Dedahkan Hubungannya Dengan Shahir

Erra Fazira tidak terlalu memikirkan hubungannya dengan Shahir dan menyerahkan perjalanan hidupnya kepada ketentuan Allah. Foto AFIQUE YUSOFF

PELAKON Erra Fazira tidak mengetahui hala tuju hubungannya dengan penyanyi Shahir Zawawi walaupun bekas peserta program Akademi Fantasia itu beberapa kali mengeluarkan kenyataan akan menghantar rombongan memimang untuk berkahwin dengannya.

 

Erra juga memberitahu dia sendiri sudah lama tidak bertemu dengan Shahir namun ada berkomunikasi menerusi panggilan telefon dan mesej.

“Kami tidak bergaduh pun cuma memang sudah agak lama kami tak berjumpa dan sekadar bertanya khabar menerusi telefon.

Erra masih berhubung dengan Shahir namun sudah lama tidak bertemu.

“Cuma sukar untuk saya katakan mengenai kedudukan saya sekarang… ‘Menang’ atau ‘gagal’ susah hendak saya cakap.

“Pada saya apabila dia bersuara mengenai soal perkahwinan ia sedikit sebanyak memberi impak bukan sahaja kepada diri saya tetapi orang sekeliling seperti keluarga dan teman.

“Jadi rasanya lebih baik jangan bersuara perkara yang kita sendiri tidak tahu apa pengakhirannya,” kata Erra.

Shahir Zawawi.

Erra ditemui pada sidang media program realiti Miss Lawak yang diadakan pada Rabu.

Pelakon filem Sembilu itu muncul sebagai juri profesional pertandingan berkenaan bersama Datuk AC Mizal.

Dalam pada itu, Erra berkata, dia enggan berfikir soal tersebut sebaliknya hanya mengikut apa yang telah diaturkan oleh Allah untuknya.

ERRA FAZIRA

“Pada saya senang, buat apa hendak membeli ‘bahan’ apabila ‘tapak’ yang dibina pun belum kukuh.

“Hakikat yang nyata biarlah saya ikut sahaja apa telah diaturkan oleh Allah buat saya,” jelasnya.

Bercakap mengenai penglibatannya sebagai juri profesional Miss Lawak, Erra berkata, dia teruja akhirnya terdapat sebuah program yang mengangkat semua wanita sebagai peserta.

Kata Erra, walaupun dia bukan seorang pelawak namun yakin dapat memberikan komen adil buat semua peserta menerusi 20 tahun pengalamannya dalam industri hiburan.

Erra bakal bertindak sebagai juri profesional menerusi program realiti terbaharu Miss Lawak.

Kahwin: Shahir, Erra Fazira terus bermain tarik tali

Jadi atau tidak? Persoalan itu terus membelenggu peminat Erra Fazira dan juara Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir Zawawi yang ingin melihat pasangan itu bersatu di jenjang pelamin.

Hubungan pasangan itu kembali diperkatakan apabila Erra pada minggu lalu mengakui, sukar untuk dia menjelaskan kedudukannya kerana masih kabur dengan hala tuju hubungan bersama jejaka itu.

Diperkukuhkan lagi apabila Shahir yang dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp ketika ditanya mengenai perkara itu hanya memberikan jawapan klise: ‘Jika jodoh tidak ke mana’.

“Hanya itu jawapan paling ikhlas yang dapat saya berikan. Mungkin kedengaran klise, tetapi insya-Allah, andai ada jodoh, kami pasti bersatu,” katanya.

Ditanya hubungannya dengan Erra, Shahir yang popular dengan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan berkata, mereka masih baik, walaupun jarang bertemu.

“Saya sibuk dengan kerja, jadi kami jarang dapat jumpa. Erra faham situasi saya kerana masing-masing mempunyai urusan yang perlu diselesaikan,” katanya.

Shahir berkata, meskipun tidak terlalu aktif dengan kerjaya seni, jadualnya tetap padat kerana sentiasa berada di luar daerah.

“Sebelum ini, saya agak sibuk menguruskan majlis perkahwinan adik. Sebagai abang, saya perlu membantu untuk melicinkan perjalanan majlis.

“Saya juga sudah lama tidak aktif di laman sosial. Jadi, mungkin itu yang menyebabkan peminat beranggapan, saya sudah menyepi dari industri hiburan,” katanya.

Shahir berkata, dia sedang menyusun perancangan untuk merakamkan lagu baharu selepas semua urusan kerjanya selesai.

“Memang saya ada niat untuk keluar dengan lagu baharu, malah sedang memilih lagu yang sesuai untuk dirakamkan. Insya-Allah, jika sudah bertemu lagu yang berkenan, saya akan kembali ke studio rakaman,” katanya.

Terdahulu, Erra ketika ditemui pada sidang media program realiti terbaru, Miss Lawak, baru-baru ini mengakui, selagi belum bertemu ‘tapak’ yang kukuh, dia enggan memperjudikan diri membina ‘rumah’ baharu.

“Buat masa ini, saya hanya mengikut arus takdir. Saya lebih selesa kukuhkan ‘tapak’ terlebih dulu, sebelum membina apa-apa,” katanya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mstar via Anything