“Eeii Comel Pulak Dia Ni” – Anak Istimewa Jadi Kesayangan Ramai, Ibu Sendiri Pun Mengaku Selalu Rindu Maisarah

SEJAK video gelagatnya bermain hula hoop dan terkedek-kedek memanjat bukit tular di media sosial baru-baru ini, netizen bagaikan sudah jatuh cinta dengan adik Maisarah.

Terbaharu Maisarah sekali lagi menjadi tumpuan ramai apabila rakaman video reaksi peliknya terhadap satu eksperimen berkaitan telur di sekolahnya dikongsi Fazri Hassan di Twitter.

Video yang dimuat naik Fazri yang juga guru Maisarah di sebuah sekolah rendah di Sandakan pada Rabu lalu setakat ini telah ditonton sebanyak 433,300 kali dan mendapat 37,500 ulang kicau serta 33,300 tanda suka di Twitter.

Rata-rata netizen menyifatkan reaksi ‘eh’ dan ‘aikkk’ Maisarah sebagai sangat comel.

Video Maisarah memanjat bukit dan bermain hula hoop turut viral sebelum ini.

Ibu kepada Maisarah, Alnesa Hammad ketika dihubungi mStar berkata dia bersyukur kerana anak keduanya itu sudah mula disayangi orang ramai.

“Kalau dulu sebelum dia dikenali dia sering dipandang serong. Saya sedihlah. Ada yang pelik tengok keadaan dia sebab umur dia dah tujuh tahun tapi (struktur fizikal) masih kecil macam umur dua tahun.

“Adik dia umur tiga tahun lebih tinggi daripada dia. Kiranya perkembangan ketinggian dia ada masalah. Dia juga ada masalah pembelajaran, dalam erti kata lain dia anak istimewa. Alhamdulillah saya bersyukur sebab sekarang ramai orang sayang dia,” katanya.

Ibu kepada enam anak itu mengakui dia sendiri terkejut dengan perwatakan Maisarah semasa dalam video yang dirakam gurunya itu sehingga tular.

“Maisarah ni jenis pendiam di rumah. Dia sebenarnya kurang keyakinan. Bila dia tengok video dia yang pertama kali viral dulu dia malu. Dia kata ‘mama padamlah… mama malulah’. Tapi sekarang dia dah OK.

“Masa mula-mula tengok video tu saya sendiri terkejut sebab dia kalau berlakon memang tak pandai. Mungkin dia berani sebab cikgu Fazri pandai ambil hati dia. Maisarah kalau kurang percaya atau tak kenal orang dia punya interaksi kurang, kiranya tak banyak cakap,” katanya.

Gambar dikongsi dalam Twitter Cikgu Fazri semasa sambutan hari lahir Maisarah.

Malah wanita berusia 32 tahun ini tidak menduga gelagat bersahaja anaknya itu menarik perhatian ramai.

“Saya memang terkejut bila video dia viral tapi saya fikir positif sebab perkara tu bawa kebaikan untuk dia juga. Bila dia keluar ramai yang dah mula tegur.

“Dia suka makan aiskrim dan ayam goreng, jadi bila balik sekolah cikgu akan belanja dia makanan tu. Bila sampai rumah dia beriya-iya cerita dia makan semua tu, dia kata ‘sukalah macam ni‘.

Maisarah ni jenis pendiam di rumah. Dia sebenarnya kurang keyakinan. Bila dia tengok video dia yang pertama kali viral dulu dia malu. Dia kata ‘mama padamlah… mama malulah’. Tapi sekarang dia dah ok.

ALNESA HAMMAD

Ibu Maisarah

“Saya kalau tengok video dia pun tiba-tiba rasa macam ‘Eeii comel pulak dia ni’… bila nak balik ni Maisarah, tiba-tiba saya jadi rindu dekat dia,” kata Alnesa yang berasal dari Sandakan, Sabah.

Pada masa sama, Alnesa yang juga suri rumah sepenuh masa turut berterima kasih kepada guru sekolah Maisarah yang banyak berkorban untuk anaknya itu.

“Saya terharu sebab ada cikgu sampai sanggup ambil dan hantar dia balik sekolah sebab rumah kami jauh. Kalau ke sekolah dia ambil masa lebih 20 minit perjalanan.

Maisarah merupakan murid pendidikan khas kategori Global Development Delayed.

“Kebetulan cikgu Amy tinggal berdekatan rumah kami di Batu 7. Saya rasa serba salah juga sebab dia tolak bayaran saya. Dia kata dia ikhlas sayang Maisarah. Alhamdulillah saya anggap itu rezeki Maisarah,” katanya.

Sementara itu, Alnesa turut tidak menduga ramai menjadi pengikut Maisarah di Instagram.

“Memang tak sangka sebab setiap hari terima lebih kurang 1,000 request. Ramai juga tanya siapa yang handle akaun Instagram Maisarah, ada ingat saya… ada ingat cikgu dia.

“Tapi sebenarnya kakak sepupu Maisarah yang manage IG tu sebab saya tak ada masa. Saya sibuk uruskan anak-anak yang masih kecil,” katanya.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dia punya ‘aikkk’ tu so cute 😍 . Sumber video Twitter Fazri Hassan #mstarkongsi #mstaronline #janganseriussangat #mstarSS

Siaran dikongsi oleh mStar (@mstaronlineofficial) pada

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: mStar

Be the first to comment on "“Eeii Comel Pulak Dia Ni” – Anak Istimewa Jadi Kesayangan Ramai, Ibu Sendiri Pun Mengaku Selalu Rindu Maisarah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*