Doktor Cantik Ini Jelaskan Betapa B4hayanya Injecti0n Vitamin C

(Video penuh dibawah)

Kuala Lumpur: Bimbang kesan sampingan yang mampu menjejaskan fungsi organ dalaman tubuhnya, penyanyi dangdut, Ifa Raziah, bertindak berhenti mengambil svntikan Vitamin C, beberapa tahun lalu.

Ia susulan nasihat doktor yang merawatnya dan bertanya sama ada beliau mengambil sunt1kan berkenaan, lalu memintanya berhenti serta-merta.

“Doktor memberitahu pengambilan sunt1kan Vitamin C tanpa kawalan mampu meros4kkan jantung, hati dan buah pinggang. Berderau juga d4rah mendengarnya ketika itu.

“Kata doktor itu lagi, walaupun bukan sekarang, kerosakan itu akan datang empat atau lima tahun kemudian. Mujur saya cepat sedar lalu tidak meneruskannya, jika tidak pasti tubuh saya yang akan menanggung kesannya,” katanya kepada BH.

Ifa mengakui, beliau mengambil sunt1kan berkenaan pada awal tahun 2000 untuk kelihatan cantik, berkulit putih dan gebu ketika membuat persembahan.

IFA Raziah berhenti mengambil sunt1kan vitamin C kerana bimbang dengan kesan sampingan yang mampu menjejaskan fungsi organ dalaman tubuhnya. – Foto Syazana Rose Razman

Mudah diperoleh

“Saya menjadikannya sebagai amalan kecantikan di mana satu sunt1kan dalam tempoh dua minggu. Sunt1kan ini mudah diperoleh di pusat kecantikan sekitar Lembah Klang.

“Saya akui sememangnya ia terbukti berkesan dan mula menunjukkan sedikit perubahan pada minggu berikutnya. Ketika itu saya tidak mengetahui langsung sama ada barangan itu diluluskan atau tidak oleh kerajaan,” katanya.

Katanya, bagi mengekalkan kesihatan diri, ketika ini beliau mengambil Vitamin C dalam bentuk tablet sebagai antibodi dan menolak sama sekali sunt1kan Vitamin C.

Ditanya penjualan sunt1kan Vitamin C sekarang berbanding dulu, Ifa berkata, kini ia dijual berleluasa dan mudah diperoleh terutama di laman sosial.

“Klinik pakar kecantikan juga dikesan terlalu banyak menawarkan sunt1kan Vitamin C hingga memudahkan orang ramai khususnya remaja perempuan mencubanya.

“Ketika saya mengambil sunt1kan dahulu, Vitamin C perlu ditempah dari luar negara seperti Switzerland, malah hanya farmasi tertentu yang menjualnya,” katanya.

IFA mengambil sunt1kan vitamin C pada awal tahun 2000 dan menjadikannya sebagai amalan kecantikan iaitu satu sunt1kan dalam tempoh dua minggu. – Foto Syazana Rose Razman

“Saya sendiri meragui apa kandungan sunt1kan itu pada hari ini. Adakah produk itu datang dari China, apakah produk ini halal, adakah ia mengandungi DNA b4bi dan betulkah produk itu mampu memutihkan wajah kita,” katanya.

Justeru, beliau menyarankan kepada pengguna untuk mengetahui terlebih dahulu fungsi pengambilan vitamin tambahan, terutama sunt1kan vitamin C, sebelum membelinya.

“Setahu saya, ia tidak memutihkan wajah dengan berkesan sebaliknya vitamin C ini hanya satu cara untuk menguatkan antibodi tubuh.

“Jangan main terjah semata-mata untuk cantik. Tanya mereka yang betul-betul pakar seperti doktor atau sekurang-kurangnya ‘google’ untuk tahu baik atau buruk sunt1kan ini,” katanya.

VIDEO:

Apa kata anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Kongsi Ya. Terima Kasih !!  

Sumber: Sumber