Majlis kahwin Siti Jamumall ditaja RM500,000, kalah artis!

Namun baru-baru ini tular pula kisah perkahwinannya yang mendapat tajaan sehingga RM500,000. Memang hebat kan? Bukan calang-calang angka okay! Boleh beli rumah tau.

Perkahwinan Siti Jamumall atau nama sebenarnya Siti Suriani turut mendapat liputan media yang hadir memeriahkan majlis besar-besaran yang berlangsung hujung minggu lepas.

Dihadiri lebih 3,000 tetamu, majlis tersebut ditaja lebih 100 syarikat produk tempatan yang pernah bekerjasama dengan Jamumall itu. Betul lah, tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu kan.

Berbicara dengan pemilik hub beli belah secara atas talian itu, Siti Jamumall berkata, dia sendiri tidak menjangka rezeki gelaran isteri kepada jejaka bernama Syafiq itu sungguh luar biasa.

“Saya bukan artis pun tapi bila ada syarikat tempatan sudi menaja, bersyukur sangat. Bukan satu tapi hampir 100 syarikat. Itu adalah hasil kerja keras saya selama tiga tahun.

“Selama ini saya kerja keras membantu usahawan tempatan untuk memasarkan produk mereka, dan kini mereka sanggup menaja perkahwinan saya. Mungkin ini adalah cara mereka membalas jasa saya,” katanya.

Membuka cerita tentang bagaimana dia menaikkan nama Jamumall, dia dengan nada sedih mendedahkan pernah ditolak tatkala mencuba untuk menawarkan perkhidmatan tersebut biarpun secara percuma.

“Saya bekerja dengan ramai orang termasuk selebriti antaranya Rozita Che Wan, Shuib Sepahtu dan Faizal Ismail. Memang mula-mula susah sangat nak naikkan nama Jamumall.

“Tapi semua usaha berhasil juga. Alhamdulillah, rezeki saya dan abang saya selama ini. Kami berjaya juga,” ceritanya sambil menitiskan air mata.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : MHE TV