Dia suami pertama dan terakhir – Dian P Ramlee

KUALA LUMPUR: Meskipun jarang berkongsi hal peribadi, termasuk kehidupan berumah tangga sepanjang empat dekad mencipta nama, itu tidak bermakna Dian P Ramlee bebas daripada sasaran gosip.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Syawal ke 5 dan happy sunday to all … mummy dan anak @ariantiamnt 😘😘😘

A post shared by Dian P Ramlee (@dianpramlee) on

Dian dikatakan pernah dua kali bernikah, selain dianggap janda gara-gara tidak berkongsi wajah suaminya, sedangkan rumah tangga yang dibina bersama Md Amanti Ahmad pada 28 September 1981 kekal utuh.

“Suami saya dari dulu sampai sekarang cuma seorang dan kami masih bersama. Kami berkenalan ketika usia saya 19 tahun dan setahun selepas itu, kami bertunang.

“Kami bernikah ketika saya berusia 23 tahun dan Alhamdulillah, rumah tangga kami bertahan hingga hari ini. Dalam hal peribadi, saya agak konservatif dan tidak suka gosip serta publisiti.

“Tetapi, masih ada yang buat cerita kononnya saya pernah dua kali kahwin, selain dikatakan janda apabila tidak berkongsi gambar bersama keluarga,” katanya.

Hasil perkahwinan mereka, Dian atau nama sebenarnya Salfarina Mum, 61, dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Md Al Safrin, 36, Siti Arianti, 31, dan Siti Adianti, 24.

“Dahulu, suami saya bekerja sebagai pramugara, namun sudah pencen. Bayangkan, selepas berkahwin dan mengandung anak pertama, ada yang cakap kami sudah bercerai.

“Ketika melahirkan anak kedua, saya sekali lagi dikaitkan dengan perkara sama. Lahir anak ketiga pula, saya dikatakan berkahwin lagi. Hakikatnya, semua itu tidak benar,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Surprised from my dotter @ariantiamnt ❤n wishing “HAPPY MOTHER’S DAY” to all mums out there 😘😘😘….

A post shared by Dian P Ramlee (@dianpramlee) on

Dian berkata, ketika gosip mengenai rumah tangganya hangat diperkatakan, dia dan suaminya menjalani kehidupan seperti biasa hingga menyebabkan ada pihak keliru.

“Pernah kru yang terserempak ketika menghantar saya pulang ke rumah menyangka dia ialah suami baharu. Saya jelaskan kepada mereka, itu suami pertama dan terakhir saya. Suami saya hanya seorang!

“Suami pula bukan jenis suka dikenali ramai dan tidak pernah muncul bersama di dada akhbar serta majalah. Sepanjang berumah tangga, kami pernah menjayakan iklan jenama kicap bersama dengan tiga anak.

“Ketika itu, kelibatnya hanya samar-samar memandangkan dia terikat dengan polisi kerja dan tidak boleh terlalu menonjol di media massa,” katanya.

Dian berkata, dia juga tidak menggalakkan anaknya untuk mengikut jejak langkahnya dalam bidang seni.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Berjumpa lg dgn Danny n Tiara dlm #pujaanhatikandaraya arahan @eoonshuhaini @remyishak @mfmirafilzah #macheallstarunitedsdnbhd @tv3malaysia ….raya pertama kul 10 mlm ..

A post shared by Dian P Ramlee (@dianpramlee) on

“Biarlah hanya saya yang meneruskan perjuangan dalam bidang ini. Dahulu, ketika kegawatan ekonomi, anak lelaki saya ada melakukan kerja belakang tabir bersama ntv7.

“Saya bagaimanapun, berharap dia mendapat kerja di syarikat produksi besar dan bergaji tetap. Jika masih ingin bekerja dalam bidang ini, dia boleh melakukannya secara sambilan. Dia bagaimanapun, mendengar cakap dan memilih bekerja di luar bidang seni.

“Begitu juga anak perempuan yang menerima tawaran berlakon, tetapi saya tidak galakkan. Mujur dia tidak memberontak, tambahan pula suami sejak awal lagi sudah mengingatkan supaya mereka memberikan tumpuan pada pelajaran,” katanya.

Sumber: beritaharian

Pelakon ini tidak pernah menimbulkan kontr0versi mahupun cerita panas sepanjang kariernya dalam bidang lakonan.

Namun begitu, masih ada yang salah anggap dan mempercayai berita yang salah tentang dirinya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Marhaban ya Ramadhan …. Selamat menunaikan ibadah puasa… Ramadhan Kareem 😍

A post shared by Dian P Ramlee (@dianpramlee) on

Menerusi entri yang dimuat naik pelakon itu di Instagram miliknya, Dian P. Ramlee atau nama sebenarnya, Safarina Mumtampil memperkenalkan suaminya yang dikahwini sejak 38 tahun lalu.

“Ni la suami mummy, dari dulu sampai la sekarang…the only one, masih lagi bersama.

 

“Kami berkenalan umur mummy 19 tahun. Umur mummy 20 tahun, kami bertunang.

”Mummy menikah 23 tahun pada 28 September 1981. Alhamdulillah, masih bersama hingga la hari ini,” tulis Dian.

Pelakon berbakat yang mula terlibat dalam dunia seni sejak tahun 1977.

Ujar Dian, meskipun dirinya seorang yang low profile dan tidak suka terlalu mendedahkan kehidupan peribadi, masih ada yang suka menimbulkan info yang salah.

“Mummy seorang yang konservatif, tak suka dengan gosip dan publisiti.

“Dalam macam tu pun orang bercerita, kononnya mummy ni kahwin dua kali atau pun janda sekarang ni.

“Padahal mummy masih lagi bersama suami. Nanti raya, mummy akan upload gambar terbaru keluarga,” tulisnya lagi.

Dian P. Ramlee memulakan karier seninya pada tahun 1977. Pada tahun 1979, Dian turut terlibat dalam filem Kisah Seorang Biduan, yang dibintangi Allahyrham Datuk Dahlan Zainuddin.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : MHE TV via coretanmedia