10x Doktor Ini Cucuk Tangan Bayi Baru Lahir Ini Kerana Tidak Jumpa Saluran Dar4h. Ini Apa Yang Patut Doktor Itu Lakukan Sebenarnya

Hati ibu bapa mana tidak luluh bila dengar bayi mereka menangis tidak berhenti ketika di hospital. Memang untuk bayi ini sembuh tetapi apa yang bayi rasa tidak sama seperti orang dewasa. Perkara ini bukan lah kali pertama berlaku. Harap apa yang terjadi dijadikan ikhtibar. Jom baca.

Doktor gagal cari saluran darah tinggalkan 10 kesan suntikan pada tangan bayi baharu lahir

Seorang bayi baharu dilahirkan di Ipoh menerima 10 kesan jarum suntikan di tangannya sehingga menyebabkan ia menjadi lebam.

Perkara tersebut disyaki telah dilakukan oleh seorang doktor pelatih. Bercakap mengenai kejadian ini, Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, siasatan akan dilakukan berikutan insiden ini.

Katanya lagi, pegawai perubatan hanya boleh melakukan dua kali percubaan untuk memasukkan jarum. Jika gagal melakukannya, pegawai tersebut tidak dibenarkan mencubanya untuk kali ketiga sebaliknya harus merujuk kepada pegawai yang lebih berpengalaman.

Kejadian tersebut tular di media sosial Facebook apabila ibu kepada bayi tersebut meluahkan rasa kecewa dan sedih melihat tangan anak kecilnya yang mempunyai 10 kesan suntikan.

Kejadian itu telah menerima pelbagai reaksi netizen. Ada yang melahirkan rasa simpati kepada bayi yang baru berusia sehari itu dan ada juga yang berpendapat bahawa peluang harus diberikan kepada doktor pelatih untuk belajar.

Sumber : ERA BARU

Be the first to comment on "10x Doktor Ini Cucuk Tangan Bayi Baru Lahir Ini Kerana Tidak Jumpa Saluran Dar4h. Ini Apa Yang Patut Doktor Itu Lakukan Sebenarnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*