“In1 Bilik Ke Kedai” N3tizen Teruja Lihat Bilik Cik B Yang Luas Bak Pusat Membeli Belah

Datuk Seri Vida (DSV) sangat sinonim dengan gelaran jutawan wanita Malaysia terkenal dengan pakaiannya yang persis seorang permaisuri kayangan dan trademark “Qu Puteh Qu Puteh Barulah Putih”.

DSV atau nama sebenarnya Hasmiza Othman serta anak perempuannya, Cik B sering mencuit hati rakyat Malaysia dengan gelagat mereka di laman sosial.

Baru-baru ini, Cik B ada membuat sesi soal jawab bersama pengikutnya di Instagram dan menerima permintaan untuk membuat room tour di biliknya. Cik B dengan murah hatinya berkongsikan pemandangan di sekitar biliknya.

Yang memeranjatkan n3tizan adalah keluasan biliknya yang seperti kedai di dalam pusat membeli belah!

Rata-rata n3tizen teruja dengan bilik Cik B yang cantik dan luas itu.

Jangan pula ada yang cemburu dan tidak suka dengan rumah sendiri, bersyukur dengan apa yang kita ada dan InsyaAllah kita akan dicurahkan rezeki. Apa-apapun, Cik B memang sempoi! – CARI

Artikel Berkaitan ‘Rahsia Datuk Vida bina empayar perniagaan’

KUALA LUMPUR: Jutawan kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali dengan nama Datuk Vida, memiliki ketokohan dan sisi berbeza dalam bidang keusahawanan berikutan kebijaksanaannya menyusun strategi pemasaran serta penjenamaan melangkaui masa depan.

Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd itu tidak kering idea mencipta identiti dan imej tersendiri untuk memacu dirinya sebagai ahli perniagaan berjaya dalam bidang kecantikan selepas merentasi pelbagai cabaran serta kepahitan.

Bekas guru Bahasa Melayu di sebuah sekolah Cina itu menggunakan pelbagai strategi berbeza, terbaru klip video lagu I Am Me nyanyiannya yang ditonton lebih 3.2 juta di seluruh dunia, bagi mengukuhkan namanya sebagai usahawan kosmetik paling popular.

Beliau selayaknya digelar ikon bidang perniagaan kosmetik. Mempunyai pakej lengkap, personaliti dan ketokohannya yang tidak pernah putus asa, sentiasa tampil unik, pemikir, yakin, idealis dan berani menjadi resipi kejayaan seharusnya dijadikan inspirasi pada wanita lain.

Vida berkata, beliau tidak pernah berhenti berfikir, sentiasa menampilkan konsep dan idea baharu untuk membina jenama besar yang memberi impak serta dicontohi masyarakat.

“Popular juga penting untuk mengembangkan dan meluaskan empayar perniagaan dan untuk saham akhirat kerana dapat membuat kerja kebajikan. Kita perlu berani mengambil risiko, tidak malu dan usaha keras untuk meraih populariti menjadi ‘senj4ta’ untuk bertarung dalam menerajui landskap perniagaan kosmetik,” katanya kepada BH.

Strategi perniagaan. Ikon Usahawan Wanita 2015 ini mengakui pelanggan produk kecantikannya juga antara tunggak utama kejayaan jenamanya, selain modul dan strategi perniagaan yang berkesan sehingga mampu memaut perhatian jutaan masyarakat dari seluruh dunia.

Keupayaan menarik perhatian umum memudahkan beliau menjual apa saja produk sama ada secara fizikal atau di laman sosi4l yang diikuti lebih 1.4 juta pengikut.

“Sejak kecil hingga sekarang saya diduga dengan pelbagai cabaran. Ayah, Othman Abdullah, meningg4al dun1ia ketika saya berusia sembilan tahun dan kami sekeluarga hilang tempat bergantung.

“Hidup kami susah selepas kema4tian ayah. Saya mula berniaga sejak kecil. Apa saja yang boleh jana pendapatan, saya akan buat. Saya pernah jual nasi lemak orang dengan untung kecil, jual telekung, kain batik, baju dan macam-macam barangan Kelantan, selain bekerja kilang pada cuti semester.

“Paling tidak dilupakan ibu terpaksa menjual sebidang tanah untuk menampung kos perbelanjaan saya di Universiti Sains Malaysia,” katanya.

Wanita kental. Ketika memulakan perniagaan kosmetiknya, beliau juga berhadapan banyak cabaran termasuk pernah kerugian beratus ribu ringgit sebelum bangkit dengan menukar strategi perniagaan.

Kini produk Vida Beauty Cosmetics, DSV Gold and Jewelry, Millenia Qu Puteh, Pamoga Vida Beauty, Qu Puteh Beauty dan DSV Sorga Tudung, sudah kukuh.

Sebelum mencipta kekayaan dan fenomena banyak titisan air mata yang tumpah termasuk diduga menerima kehilangan dua anak lelaki, Eddie Zuhdi dan Edrie Zikrie, yang meningg4al dunia4 kerana terperangkap dalam keb4karan di rumah pada 5 Ogos 2013.

Masyarakat juga tidak henti bercakap mengenainya sama ada kisah peribadi seperti tiga kali bercera4i selain dikri1tik, dikeeji, gi`la glamor dan pelbagai lagi, beliau terus positif serta berjiwa kental.

“Saya bersyukur kerana tetap menjadi diri saya dan melalui semua dugaan dengan tabah. Tuhan pula sentiasa kurniakan apa yang saya mahu dan jadikan ia satu kejayaan,” katanya.

Kini, beliau mahu fokus merealisasikan banyak lagi agenda dalam perniagaan, membuat amal kebajikan dan melatih dua lagi anaknya, Nur Edlynn Zamilleen, 12, dan Eric Zacquan, 8, untuk meneraju empayar perniagaan pada masa depan.

Walaupun mempunyai pembantu peribadi, beliau masih bekerja keras melakukan ceramah kecantikan, menyelia aliran stok, bertemu stokis, mendengar masalah mereka, mengawal penyata kewangan, menghadiri mesyuarat dan menyelia operasi syarikat.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: CokelatPutih