“Cari Calon Isteri, Engg4n Lama Menduda” – Sam Bunkface

BIARPUN pernah mengalami keg4galan rumah tangga, penyanyi Sam Bunkface tidak serik untuk berkahwin lagi jika bertemu wanita yang sesuai.

Menurut Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd Baharom, 31, buat masa kini dia masih lagi dalam proses mencari pasangan baharu.

“Saya masih meneruskan kehidupan seperti biasa. Mestilah nak kahwin, siapa yang tak nak. Sudah tentu saya akan ada pengganti.

“Buat masa sekarang, saya tak ada calon lagi tapi kalau ada rezeki dan jodoh, apa salahnya. Perkahwinan itu kan sesuatu yang baik,” kata Sam kepada mStar.

Sam ditemui ketika sidang media Konsert Haus Boom Music di SORO Lounge, Pavilion Elite, Kuala Lumpur pada Isnin.

Pada 19 Jun lalu, bekas isterinya, Aida Azira Hussin menges4hkan rumah tangga dia dan Sam yang dibina selama empat tahun telah ber4khir pada Januari lalu.

Sam dan Aida berkahwin pada 25 April 2015 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Maleeq yang kini berusia tiga tahun.

 

Segala urusan penjagaan anak dilakukan secara seimbang dan adil, jadi tak ada masalah antara kami berdua dan Maleeq pun gembira saja.

SAM BUNKFACE

Penyanyi

Sementara itu, vokalis kumpulan Bunkface ini memberitahu hubungan dia dan bekas isterinya masih baik dan mereka tidak mempunyai masalah dalam penjagaan anak.

“Alhamdulillah hubungan saya dan bekas isteri baik-baik sahaja. Sekarang ini pun, kami selang seli menjaga anak lelaki kami.

“Segala urusan penjagaan anak dilakukan secara seimbang dan adil, jadi tak ada masalah antara kami berdua dan Maleeq pun gembira saja,” ujarnya.

Dalam pada itu, Sam dan ahli kumpulannya iaitu Youk dan Paan teruja dapat berkumpul bersama kumpulan Hujan, Gerhana Ska Cinta dan Budak Nakal Hujung Simpang di konsert Haus Boom Music yang akan diadakan pada 10 November depan.

Bunkface teruja dapat satu pentas dengan rakan-rakan lama.

Menurut Youk, buat pertama kali peminat akan dihiburkan dengan lagu terbaharu mereka berjudul Suara secara langsung.

“Sebenarnya dah beberapa tahun juga kami tidak berkumpul dengan yang lain. Rasa teruja pula dapat membuat persembahan dengan mereka.

“Insya-Allah Bunkface akan diberikan masa selama 45 minit untuk membuat persembahan dan buat pertama kali peminat dapat mendengar lagu terbaharu kami, Suara secara langsung,” katanya.

Kumpulan K-Clique, Pop Shuvit dan penyanyi Ella akan turut menghiburkan peminat mereka di konsert yang akan berlangsung di Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC).

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: mStar