“Kalau Mak Naik Hantu, Bapaknya Kena Tenang”- Jarang Tantrum, Ini Rupanya Cara Johan & Ozlynn Didik Anak

Pelakon, Ozlynn mendedahkan dia dan suaminya, penyampai radio ERA, Johan, tegas dalam mendidik anak-anak.

Ozlynn berkongsi cara mereka mendidik anak-anak menerusi perkongsi di kemas kini terbaru akaun Instagramnya semalam.

Bagaimanapun menurut Ozlynn, Johan lebih mahir dalam memahami dan mendalami hati anak-anak.

“Lepas maghrib selalunya kalau boleh papa akan luangkan masa untuk sama-sama dengan anak-anak berbual, luah perasaan, nasihat dan pasti ending dia linangan air mata.

“Baik dari yang sulung sampai la yang no 4, yang bongsu tak faham apa-apa lagi so dia selamat. Papa lepas bagi ceramah mesti amik hati anak-anak balik.

“Haishhh dia pandai main jiwa dan beli jiwa anak-anak sebab tu anak-anak lebih rapat dengan dia. Aku?? Selalu jadi tukang bakor line.

“Papa dorang tengah  🔥 kadang bila geram kita tambah minyak tanah bagi api tu besor sikit. Bila bebudak takut baru sikit… sikit… Kita jirus air kat papa dorang.

“Tapi kadang papa dorang tengah membara tu cepat-cepat minum air bukan apa risau mama dorang pulak yang telan minyak tanah,” tulisnya.

Tambah Ozlynn lagi, dalam apa jua cara sekalipun ibu bapa perlu peka dan bertolak-ansur antara satu sama lain sewaktu berinteraksi dengan anak-anak.

“Dalam hidup nih kita kena flexible tak boleh nak hamok anak jek, ada masa kita kena berbicara secara tenang. Biar banyak kali terangkan.

“Jangan rungut kalau anak masih sama atau kejap je berubah pastu buat balik. Normal weh, nama pon budak. Kalau yang tua pun tak faham bahasa so as a mother kena doakan yang baik-baik.

“Ngamuk tak apa tapi ada had dan masanya, kalau mak naik hantu, bapaknya kena tenang. Tengok kalau mak dah mcm kena sampok hantu tibai anak, pelan-pelan tarik mak ke tepi, tenangkan…

“Begitulah sebaliknya. Jangan jadi perosak anak, bila mak tengah marah kat belakang bapak pulak cakap… Ha tak mau kawan mama ye mama marah adik ye tadi, wehhh tu rosakkan anak!

“Please ye… Jangan buat macam tu lepas marah atau tegur anak, pastikan kita tenangkan balik keadaan yang tegang tadi.

“Bagitahu anak-anak kenapa kita marah, mulakan dengan kata-kata semangat, kata-kata yang penuh kasih sayang.

“Tarik dan beli jiwa anak kembali dengan berhemah bukan “berkhemah bersama si nopal yek.” beri kata semangat pada anak, bukan spoilkan.

“So buat mak bapak di luar sana, please jangan spoilkan anak-anak sampai kesalahan dia buat tidak ditegur. Sayang anak ditangan-tangankan… Sayang isteri di kiss-kiss kan #libastetaplibas,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Lepas maghrib.. selalunya kalau boleh papa akan luangkan masa utk sama2 dgn anak2 berbual, luah perasaan, nasihat.. dan pasti ending dia linangan air mata.. baik dr yg sulung smp la yg no 4… yg bongsu x paham pape lg so dia selamat..😂.. papa lepas bg ceramah mesti amik ati anak2 balik.. haishhh dia pandai main jiwa n beli jiwa anak2.. sb tu anak2 lebih rapat dgn dia.. aku?? Slalu jadi tukang bakor line.. papa dorg tgh 🔥 kdg bila geram kita tambah minyak tanah.. bagi api tu besor sikit.. bila bebdk takut baru sikit.. sikit.. kita jirus air kat papa dorg.. tp kdg papa dorg tgh membara tu cepat2 minum air.. bkn apa.. risau mama dorg plak yg telan minyak tanah🤣🤣.. dlm hidup nih kita kena flexible..xleh nak hamok anak jek.. ada masa kita kena berbicara secara tenang.. biar byk kali terangkan.. jgn rungut kalau anak masih sama.. atau kejap je berubah pastu buat balik.. normal weh.. nama pon bdk.. kalau yg tua pon x paham bahasa.. so as a mother kena doakan yg baik2.. ngamok.. xpe.. tp ada had dan masa nya.. kalau mak naik hantu.. bapaknya kena tenang.. tgk kalau mak dh mcm kena sampok hantu tibai anak.. pelan2 tarik mak ke tepi.. tenangkan.. begitu lah sebaliknya.. jgn jd perosak anak.. bila mak tgh marah.. kat blkg bapak plak ckp.. haaa xmo kwn mama yekkk.. mama marah adik ye td.. 🙄.. wehhh tu rosakkan anak!!! Plsss ye.. jgn buat mcm tu.. lepas marah atau tegur anak.. pastikan kita tenangkan balik keadaan yg tegang td.. bgtau anak2.. kenapa kita marah.. mulakan dgn kata2 semangat.. kata2 yg penuh kasih syg.. tarik dan beli jiwa anak kembali.. dgn berhemah.. bkn “ berkhemah bersama si nopal yek..” beri kata semangat pada anak.. bkn spoilkan.. so ending dia.. papa belanja g main kat wangsa walk.. video paling last tu maid aku.. hmm dia nih pon satu hal.. nak kata bdk 30thn dh.. haaa tu la dia.. nak marah pon x boleh.. badut dan peneman aku tatkala somi aku xde.. 🤣 so buat mak bapak di luar sana.. plsss jgn spoilkan anak2.. smp kesalahan dia buat tidak ditegur.. syang anak di tangan2kan.. syang isteri di kiss2 kan🤣🤪🙈 #libastetaplibas

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on

Perkongsian Ozlynn itu mendapat respon positif pengikutnya yang rata-ratanya menyatakan rasa kagum terhadap cara pasangan ini  mendidik anak-anak.

Terdahulu, Johan dan Ozlynn telah berkahwin pada 25 Julai 2009 dan dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleiq.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Instagram @jozlynnhanania  via Gempak