“Call Me Young Mustafa…”- Kongsi Momen ‘Romantik’ Bersama BF Iras Mustapha Kamal, Ini Komen Lucu Netizen!

Kongsian seorang gadis di Twitter berkenaan teman lelakinya yang romantik dan pandai mengambil hati bertukar menjadi bahan gurauan netizen apabila seorang pengguna mengalihkan tumpuan kepada rupa paras si teman lelaki yang sekali pandang iras pelakon Mustapha Kamal.

“Sama muka dia…”

Di saat netizen menyedari perkara itu, bahagian komen dilimpahi dengan komen-komen yang cuba menghubungkan kisah gadis bersama pasangannya itu ke dalam salah satu jalan cerita drama lakonan Mustapha Kamal sebagai gurauan.

“Bakal dato’ dan CEO…”

“Patutlah cancel semua meeting…”

Apa yang paling buat berdekah adalah apabila beberapa orang mengambil kesempatan menggunakan “meme” Mustapha Kamal untuk membuat andaian lucu ke atas pasangan itu berdasarkan watak yang biasa dipegang pelakon itu.

“Papa tak nak perkara ni mengganggu bisnes Papa…”

Tidak sekadar itu, ada juga yang melibatkan sebuah lagu oleh penyanyi rap Singapura bertajuk Mustafa dimana dalam lagu tersebut terdapat lirik berbunyi “call me Young Mustafa” membuat lebih ramai geli hati.

Sumber: Twitter