Silap Petik Jari, Hilang Duit Raya – Butang Baju Melayu ‘Infinity Stones’ Trend Raya Tahun Ini?

Demam ‘Avengers Endgame’ masih belum reda. Malah kehadiran watak jahat Thanos mengumpulkan kesemua ‘infinity stones’ dalam kedua-dua siri  Avengers masih lagi terbawa-bawa sehingga hari ini.

Terbaru kehadiran ‘infinity stones’ telah dijelmakan dalam bentuk butang baju Melayu.

Buat jejaka yang mahukan gaya ala Thanos, maka bolehlah cuba menggayakan butang baju Melayu yang terdiri daripada beberapa warna seperti mana kita lihat pada sarung tangan ‘infinity gauntlet’.

Butang baju Melayu ini mula tular di media sosial sejak Isnin lalu dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Tidak kurang juga yang berjenaka supaya dapatkan segera butang baju melayu ini sebelum Thanos.

Anda boleh lihat banyak lagi sampel butang baju Melayu infinity stones di bawah.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Gempak